Salah satu elemen penting untuk bermain Rainbow Six Siege adalah komunikasi berpasukan. Berkongsi maklumat dengan rakan sepasukan membuat perbezaan dari segi pendapat, taktik, dan turut ada yang nak jadi ketua tapi menjengkelkan keseluruhan pasukan. Tapi….. Bagaimana jika pasukan ini dikawal dengan seorang pemain? Jadi semua berkongsi satu jalan kemenangan bersama. Persoalan ini membuat seorang streamers di You Tube yang digelar Basically Homeless memberi jawapan dengan menggunakan lima akaun Six Siege, lima PC dan satu penukar (switcher).
Persediaannya cukup mudah, dia menyediakan lima PC dengan permainan Rainbow Six Seige dijalankan. Kemudian dia menyambungkan tetikus serta papan kekuncinya ke suis penukar, jadi dia boleh menukar akaun yang dikawal dengan hanya satu sentuhan butang.
Tetapi, tak semuanya menjadi mudah dalam satu kawalan. Bila lima PC, enam monitor, pengadun audio dan peralatan rakaman bergabung dan dilancarkan di outlet piawai dan hasilnya melepaskan pemutus litar (short circuit). Bukan itu sahaja, dalam pemainan jika satu watak tidak bergerak dalam masa tiga minit serta merta pemain watak itu akan digugurkan dari perlawanan. Dia cuba untuk melakukan tetapan untuk penggerakan dalam game bagi kesemua akaun permainan itu, tapi nampak masih tidak berjaya dan dia hanya meneruskan permainan seperti biasa tapi lebih cepat.
Nak tahu cara permainan dia? Langkah pertama apabila dia masuk, Basically Homeless menjalankan strategi yang padu dan bijak. Pertahanan agak sukar pada mulanya tetapi pekara menjadi lebih mudah apabila dia mulakan serangan.
Memandangkan dia hanya boleh mengawal satu watak pada satu masa, dia mendapati bahawa cara yang paling berkesan untuk mendekati serangan adalah untuk merawat setiap pengendali individu sebagai respawn. Menggunakan pengendali pertamanya, dia akan bergerak pantas ke dalam peta dan biasanya terbunuh, tetapi dalam proses itu akan mengungkapkan maklumat penting tentang pasukan musuh yang boleh digunakan dengan percubaan berikutnya.
Walaupun ia mengambil masa untuk mengenal jalan permainan dan mengikuti pengedaran, Basically Homeless akhirnya memenangi pusingan beberapa kali dalam kasual dan maju ke dalam ranking. Agak terkejut dan sukar tetapi dia berjaya melakukannya sehingga ke pusingan kesembilan!
Ternyata percubaan eksperimennya berjaya! Walaupun sukar, tetapi terhibur. Jom lihat video penuhnya dibawah ni;
Korang kat rumah tu, bosan-bosan cari idea buat eksperimen pelik-pelik macam ni lepas tu mana tahu boleh viral kan!
Discussion about this post