Dengan hadiah bernilai $30 juta untuk dimenangi di Fortnite World Cup, setiap pemain pasti akan cuba yang terbaik untuk bersaing di dalam tournament tersebut kan. Minggu pertama qualifiers baru sahaja selesai pada hujung minggu lepas tetapi ia tidak akhir tanpa kontroversi.
Johnathan Kosmala, seorang pemain professional Fortnite yang mewakili Team Kaliber telah digugurkan oleh organisasi atas tuduhan menipu semasa tournament.
We have released Johnathan Kosmala from our Fortnite team.
We are shocked to learn that he was cheating during the World Cup Qualifiers.
This violation is serious and we have ended our relationship with him. We apologize to our supporters for his lapse in judgement.
— Team Kaliber (@TeamKaliber) April 14, 2019
Tuduhan ini muncul daripada sang pereka cheat sendiri, CBV. Dalam sebuah video di mana CBV memberi penjelasan, CBV terangkan bahawa beliau menerima penggunaan produknya, tetapi suatu sempadan harus diletak ketika cheat milik beliau digunakan untuk menangkan duit.
“Niat [Kosmala] mungkin tidak ingin menipu di dalam permainan video. Sebaliknya mungkin untuk berseronok, untuk stream, untuk kalahkan mereka yang baru ingin main- tetapi jika digunakan untuk menang duit dan scam pemain lain yang bermain secara sah dan adil. Pada saat itu, semuanya bergantung kepada moral.”
Kata CBV.
Pada video di atas, korang boleh lihat CBV menggunakan cheat yang highlight lokasi pemain lain walaupun disebalik dinding. CBV juga mendakwa bahawa beliau memberi refund kepada Kosmala kerana membeli cheat ciptaannya, yang berharga $60. Video ini juga menunjukkan interaksi dan mesej social media antara pemain dan pereka cheat itu.
Epic Games tidak mengesahkan jika Kosmala masih dibenarkan untuk bertanding di World Cup, kerana syarikat tidak memberi sebarang komen pada individual ban tetapi Epic Games menegaskan bahawa developer menganggap ini situasi yang sangat serious.
“Integriti pertandingan Fortnite sangat penting kepada kami,” jurucakap Epic Games kata. “Kami secara aktif memantau setiap pertandingan rasmi pada jarak yang jauh dan setiap pemenang dikenakan pemantauan tambahan untuk apa-apa bentuk penipuan, dengan penyiasatan lengkap dibuat pada setiap pemain yang bermain di World Cup. Kami akan mengeluarkan blog game intergriti kemudian pada minggu ini yang memberi butiran tentang usaha semasa dan akan datang tentang masalah seperti ini.”
Sumber – PCGamesN
@gamersantaimy
Discussion about this post