Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pemain Genshin Impact Ascend kesemua watak ke level 90! Tinggi dedikasinya!

Maira by Maira
March 7, 2022
in Artikel, Berita, Game
0 0
0
Pemain Genshin Impact Ascend kesemua watak ke level 90! Tinggi dedikasinya!
Share on FacebookShare on Twitter

Genshin Impact merupakan sebuah game action RPG popular yang mempunyai pelbagai watak unik yang tersedia untuk dimainkan. Ia menggunakan gameplay berasaskan “party” di mana anda menggunakan watak-watak untuk melancarkan serangan ke atas musuh. Party tersebut boleh ditukar-tukar mengikut keinginan pemain. Genshin Impact kini mempunyai 47 watak yang boleh dimainkan dan ada khabar mengatakan bahawa seorang pemain telah ascend kesemua 47 watak tersebut ke level 90, yang merupakan level maksimum untuk setiap watak.

Melalui subReddit Genshin Impact, Veemenothz telah menunjukkan kesemua 47 watak yang telah dinaikkan ke level 90! Memang dahsyat juga dedikasi pemain ini. Lebih mengejutkan lagi, dia bukanlah pemain yang membeli pas atau “top up” untuk mendapatkan kesemua watak tersebut. Veemenothz mengaku bahawa dia telah menghabiskan 30-60 minit bermain game tersebut. Katanya, dia hanya melakukan commission, menggunakan resin untuk melawan boss atau ley lines blossom dan memeriksa teapot pada setiap hari.

Boleh tahan juga dia punya tuah untuk mendapatkan kesemua watak tanpa membeli pas tambahan atau membeli Genesis Crystal untuk gacha watak-watak tersebut. Kalau anda yang sudah biasa bermain game gacha, sudah pasti anda tahu betapa susahnya untuk mendapatkan watak-watak yang diinginkan. Tetapi sistem “pity” yang tersedia dalam Genshin Impact mungkin menjadi salah satu cara untuk mendapatkan peratusan yang tinggi untuk watak yang lebih “rare”.

Pemain Genshin Impact itu juga mengaku bahawa dia hanya fokus kepada lapan watak sahaja di mana ia dilengkapi dengan artifact dan senjata yang memadai. Walaupun begitu, prestasi watak masih lagi hebat untuk digunakan semasa bermain.

Kalau anda mempunyai kesemua watak Genshin Impact, adakah anda akan membuat perkara yang sama seperti Veemenothz? Atau anda hanya naikkan watak kegemaran sahaja? Boleh kongsikan pendapat anda di ruang komen! Kalau anda inginkan liputan lain mengenai Genshin Impact, sila klik pada pautan ini.

Sumber: Reddit

Tags: ascendGenshin Impact
Previous Post

Pelajar uni kerugian RM42,500 guna duit pencen ibu, kena tipu semasa topup game

Next Post

Gadis 13 tahun diculik oleh lelaki 33 tahun selepas bertemu di Roblox

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Gadis 13 tahun diculik oleh lelaki 33 tahun selepas bertemu di Roblox

Gadis 13 tahun diculik oleh lelaki 33 tahun selepas bertemu di Roblox

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd