Esports, sebuah pertandingan permainan video yang diatur antara pasukan profesional atau pemain amatur telah mengubah permainan dalam skala global dengan memberi penonton kekuatan untuk turut serta. Tetapi ketika teknologi mudah alih mencapai kemampuan PC dan konsolnya, Mobile Esports dengan cepat menjadi tumpuan dan pemain di Asia paling tertampil padanya! Hari ini, Google telah mengongsikan analisis mereka untuk perkembangan Mobile Esports di Asia Tenggara.
Dalam ansuran kedua siri wawasan mengenai pasaran permainan Asia, yang ditugaskan dan diatur dengan kerjasama Niko Partners, pertumbuhan esport mudah alih telah diterokai, kesan COVID-19 pada permainan dan penstriman di rumah, cara pemaju permainan dan eksekutif dapat memanfaatkan keinginan pemain untuk hubungan, persaingan, komuniti dan penyelesaian.
Menurut kenyataan, nyata melalui kolam hadiah atau ganjaran dari esports yang menarik ramai pemain di Asia makin melonjak naik.
Bukan itu sahaja, sehingga kini hampir seluruh dunia kini dilanda impak pandemik COVID-19. Siapa sangka dari kejadian ini, makin ramai pemain mobile yang makin fokus terhadap permainan yang dimainkan mereka sehingga 50-75% waktu bermain game yang dilihat ketara dari sebelum ini. Bukan itu sahaja, disebabkan Perintah Kawalan Penggerakkan, acara esport mudah dijalankan secara dalam talian, kenaikkan pemain serta tontonan peminat memang melonjak dan memberi peluang besar pada semua untuk sertai.
Dan sudah tentu, market mobile esports naik dengan mendadak juga di Asia ini dan yang paling ketara boleh dilihat perkembangannya di Asia Tenggara. Berada lebih dari 1.5 bilion pemain, Asia telah menjadi pendiam lama di pasar utama termasuk Korea Selatan, China, Jepun, dan Asia Tenggara.
Dengan ledakan esports global, pembangun permainan konsol dan PC turut mengikuti genre esports mobile terpanas seperti arena pertempuran dalam talian berbilang pemain (MOBA), permainan FPS dan Battle Royale serta RPG dan strategi.
Contoh dua pembangun permainan mobile yang sememangnya dikenali ramai adalah MOONTON (Mobile Legends: Bang Bang) dan TENCENT (PUBG Mobile, Arena of Valor) yang paling menguntungkan dan paling banyak dimuat turun di Asia sejak 2016. Pada tahun 2019, game battle royale adalah gelaran esports mudah alih yang paling popular dan menguntungkan di Asia (tidak termasuk China).
Jadi apa penyebab utama dalam kenaikkan mobile ini sehingga teknologi dan infrastruktur mudah alih bertaraf dunia. Permainan PC dan konsol mempunyai sambungan sejarah yang lebih pantas dan grafik yang lebih padu daripada mobile. Tetapi perkembangan baru yang mempercepatkan permainan mobile, termasuk perkakasan telefon pintar, cloud gaming dan rangkaian 5G yang lebih baik.
Selain itu, ada Telefon bimbit gaming khusus dengan ciri yang disempurnakan paparan ultra cepat, pemproses berkelajuan tinggi dan reka bentuk yang diilhami oleh konsol serta memberikan kelebihan daya saing kepada pengguna telefon bimbit.
Dengan kelebihan Cloud pula membenarkan gamers dapat bermain tajuk permainan dengan specs tinggi (cth PlayStation Now, Microsoft’s Project xCloud, GeForce Now, Tencent Instant Play dan Stadia*) tanpa memerlukan perkakasan khas.
Jadi memang tidak hairanlah jika icafe, acara dan tajaan semakin mudah untuk dihasilkan buat masa kini. Anda boleh lihat analitik yang melonjak dibawah. Bukan itu sahaja, banyak laman penstriman yang membantu platform mobile di Asia untuk peningkatan esports mereka.
Jadi apa pendapat anda dengan lonjakan dalam Mobile Esports ini? Sama ada ianya akan kekal melonjak dan memberi lebih peluang kepada pembangun permainan untuk mencipta permainan mobile yang terbaik? Atau satu hari nanti ianya akan merundum semula dan pemain esports beralih semula ke PC atau konsol? Bagi kami, sememangnya lebih mudah dengan bermain di Mobile terutama anda boleh bermain dimana sahaja tanpa mengira masa serta kebanyakkan permainan tidak perlu dibeli dan free-to-play, hanya kepada peminat fanatik yang boleh membeli pelbagai skin atau kosmetik dalam permainan melalui in-app-purchase.
Jangan lupa untuk kongsikan pendapat anda mengenai peluang besar ini di laman sosial kami!
@gamersantaimy
Discussion about this post