Kalau korang ingat, hari tu aku ada tulis pasal Unifi akan menurunkan harga servis mereka, dan juga meningkatkan speed mereka sehingga 10x. Haaa, jadi, pada hari ini, pihak TM telah mendedahkan kedua-dua pertanyaan yang ditinggalkan beberapa minggu yang lepas. Jom, layan!
Seperti yang dijanjikan, hari ini, TM dengan rasminya memberitahu pelbagai info tentang pelan Unifi akan datang termasuk dengan pelan baru, entry-level Unifi Basic. Ia akan memberi pengguna kelajuan internet sehingga 30Mbps dengan harga MYR 79 bulanan dan juga kuota 60GB. Unifi Basic merupakan stand-alone, dimana tiada Unifi TV dan juga IP-based phone. Dibuat untuk mereka yang berpendapatan isi rumah MYR 4, 500. Pelan ini korang boleh apply di Website rasmi Unifi. Pelanggan boleh pre-order pelan ini pada 15 Julai 2018 sebelum kumunculannya pada Ogos 15.
Selain daripada pelan Unifi Basic, TM juga bakal meningkatkan kelajuan kepada pelanggan Unifi yang sedia ada melalui pelan Unifi Turbo. Mengikut kata mereka, pelanggan akan dapat peningkatan 10x dari kelajuan yang diberi mengikut pelan yang sedia ada.
Mereka yang akan menerima peningkatang akan mengikut pelan yang sedia ada:
- < 20Mbps: up to 100Mbps
- 30Mbps: up to 300Mbps
- 50Mbps: up to 500Mbps
- 100Mbps: up to 800Mbps
Servis ini akan dipertingkatkan bermula pada Ogos 15 secara berperingkat. Kepada pelanggan baru yang daftar sebelum Disember 31 2018 akan dapat peningkatan servis mereka pada tahun 2019. Jadi, apa pendapat korang? Aku tahu, persoalan yang sama. Bagaimana dengan ping? Latency? Coverage? Jom bincangkan.
Sumber: Soya Cincau
@gamersantaimy
Discussion about this post