Hui, dah lama aku tak share dengan korang pasal game percuma kan? So, kali ini, Steam nak bagi game Hacknet secara percuma. Haritu, kalau tak silap aku, Humble Bundle pon ada bagi game Hacknet ni secara percuma. Jadi, aku bagi sedikit info tentang game ni.
Game Hacknet ni merupakan merupakan game terminal-based hacking simulation. Dalam game ni, pemain kena ikut arahan seorang hacker yang dah mati dimana kematian dia tidak seperti yang dikatakan oleh di dalam media, iaitu eksiden. Dan sebenarnya, game ni sangat rapat seperti hacker yang sebenar kerena ianya menggunakan UNIX commands yang sebenar! Dibawah aku sediakan LINK untuk korang download dan claim game ni secara percuma!
Jadi, apa lagi, kepada mereka yang bercita-cita nak jadi hacker tu, boleh lah try acah-acah nak jadi hacker dalam game ni. Jangan jadi macam Arjuna, hacker terkenal tapi tanya macam mana nak save gambar dari Google.
@gamersantaimy
Discussion about this post