Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pelancaran Global Stella Sora Pada 19 Oktober, Untuk PC & Mobile

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 15, 2025
in Action, Android, Artikel, Berita, Gacha, iOS, Mobile, PC, RPG
0 0
0
Pelancaran Global Stella Sora Pada 19 Oktober, Untuk PC & Mobile
Share on FacebookShare on Twitter

Yostar, pembangun dan penerbit terkenal di sebalik game popular seperti Arknights dan Azur Lane, telah mengumumkan tarikh pelancaran global untuk RPG pengembaraan fantasi aksi mereka yang akan datang, Stella Sora. Game ini akan dilancarkan pada 19 Oktober untuk Android, iOS, dan PC, dengan sokongan crossplay.

Untuk naratif Stella Sora membawa pemain ke Benua Nova yang luas dan diliputi padang pasir, sebuah dunia yang penuh dengan misteri purba dan bintang-bintang gugur. Pemain akan memegang peranan sebagai seorang watak yang hilang ingatan, dikenali sebagai “Tyrant,” yang bangkit dari tidur untuk menyertai Guild New Star.

Kumpulan pengembara nomad ini, yang digelar “Trekker,” memulakan pengembaraan untuk mendaki runtuhan gergasi yang berliku-liku, dikenali sebagai “Monolith.” Di dalam kurungan bawah tanah, yang dikawal oleh raksasa kosmik bernama Stellaroid, ada sebuah “Artifact”—item ajaib yang dikatakan boleh menunaikan apa jua hajat.

Secara am, Stella Sora ialah sebuah RPG aksi dengan pandangan top-down yang menggabungkan combat hack-and-slash dengan mekanik roguelite.

Gelung gamplay melibatkan pembentukan pasukan dan penerokaan Monolith yang dijana secara rawak, memastikan setiap ekspedisi menawarkan pengalaman baru dengan susun atur, cabaran, dan ganjaran yang rawak.

Pemain akan membina skuad yang terdiri daripada satu Trekker Utama yang dikawal pemain dan dua Trekker Sokongan yang dibantu oleh AI. Sistem combat adalah pantas dan berorientasikan aksi, memberikan pemain kawalan langsung ke atas pergerakan, skil, elakan, dan kebolehan ultimate.

Bagi mereka yang lebih suka pendekatan yang santai, sistem auto-battle juga disediakan.

🌟Game Introduction: Squad🌟

A squad consists of one Main Trekker and two Support Trekkers.

As the core of the squad, Main Trekker can be directly controlled in battle. They can move, cast Skill and Ultimate, and dodge.📝

Support Trekkers provide backup by casting Support… pic.twitter.com/dyTIFC3OZm

— Stella Sora (@StellaSoraEN) October 14, 2025

Pemerolehan watak dan peralatan dikendalikan melalui sistem gacha. Pemain boleh menggunakan “Trekker Ticket” untuk merekrut pelbagai gadis, setiap satunya dengan personaliti, latar belakang cerita, dan peranan lawan yang unik. Selain itu, “Runic Disc” berfungsi sebagai peralatan yang memberikan peningkatan statistik dan skil istimewa.

Setiap Disc ini juga didatangkan dengan runut bunyi muzik unik, yang boleh dimainkan di dalam arkib permainan atau ditetapkan sebagai muzik latar skrin utama.

🌟Game Introduction: Runic Discs🌟

Runic Discs can be equipped when you deploy your squad. They grant various effects such as boosting Trekkers' stats.

Main Discs provide Trekkers their main effects, including Melody Skills (take effect immediately) and Harmony Skills (activate… pic.twitter.com/Vse1iseHDx

— Stella Sora (@StellaSoraEN) October 15, 2025

Di luar medan perang, pemain boleh mengeratkan hubungan dengan para Trekker melalui sistem membina hubungan. Menghantar pesanan teks, berbual, dan mengajak mereka untuk temu janji akan membuka jalan cerita peribadi mereka.

Bagi meraikan pelancaran ini, Yostar telah mengumumkan ganjaran yang lumayan untuk pemain-pemain awal. Dalam tempoh tujuh hari pertama selepas pelancaran, pemain boleh memperoleh sehingga 70 Trekker Ticket dan 70 Disc Ticket melalui aktiviti dalam permainan.

Selain itu, penyertaan dalam acara pelancaran menjamin sekurang-kurangnya dua Trekker ★5 dan dua Runic Disc ★5 yang boleh dipilih daripada banner tetap. Mereka yang membuat pra-pendaftaran juga akan menerima satu watak 4-star percuma.

Pra-pendaftaran untuk Stella Sora kini dibuka di App Store, Google Play, dan laman web rasmi. Untuk mendaftar dan mendapatkan ganjaran pra-pendaftaran anda, layari SINI.

Tags: Stella Sora
ShareTweetSend
Previous Post

Summer Game Fest Kembali Pada 5 Jun 2026, Berpindah Ke Dolby Theatre

Next Post

Apakah Itu Sut SATRIA – Perisai Canggih Yang Mencuri Tumpuan Dalam Ejen Ali?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Apakah Itu Sut SATRIA – Perisai Canggih Yang Mencuri Tumpuan Dalam Ejen Ali?

Apakah Itu Sut SATRIA - Perisai Canggih Yang Mencuri Tumpuan Dalam Ejen Ali?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd