Seperti yang kita semua tahu, esports telah menjadi industri yang penting di seluruh dunia. NetEase tidak ingin melepaskan peluang itu, jadi mereka berjanji akan memberi lebih banyak tumpuan untuk esports termasuk genre MOBA, mobile FPS dan juga game Asymmetrical.

NetEase Games Esports mengambil langkah pertama mereka pada 2019. Selepas lima tahun pembangunan, mereka telah memasuki pelbagai negara seperti Jepun, Republik Korea, Asia Tenggara, Amerika Latin dan Amerika Utara, sehingga mendapat pengiktirafan di pasaran antarabangsa. Buat masa ini, NetEase Esports telah menganjurkan 2,500 acara untuk pelbagai game, dan memperoleh hampir 300 juta tontonan global.
NetEase Esports telah meneroka pelbagai kategori dan genre game di Asia Tenggara, termasuk game PC kompetitif aksi seperti NARAKA: BLADEPOINT, serta asymmetrical kompetitif, MOBA, mobile FPS dan banyak lagi. Acara ini meliputi 11 negara Asia Tenggara (termasuk Malaysia), dengan jumlah 200+ hari penstriman langsung untuk 2023.

Paling mengejutkan sekali, Identity V adalah yang paling popular di Asia Tenggara, dengan pelbagai pertandingan elit. Bak kata NetEase:
Acara offline selalunya penuh dengan peminat, malah ada yang membuat tempat duduk sendiri untuk menyokong pasukan mereka. Di sini, kami telah mengalami sepenuhnya semangat para pemain, dan pada masa hadapan, kami akan terus mengembangkan dan menaik taraf susun atur acara kami.

Rancangan globalisasi NetEase Esports akan terus diperluaskan, dan mereka berharap dapat mewujudkan landskap esports yang lebih luas. Untuk menepati rancangan itu, lebih banyak acara global untuk pelbagai game akan diperkenalkan secara beransur-ansur pada masa hadapan. NetEase Esports juga akan meliputi lebih banyak negara, untuk membawa kegembiraan esports kepada pemain di negara berbeza di seluruh dunia.
Baca segala berita kami tentang NetEase di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post