Penang Esport Festival kini sedang berlansung di Penang Setia Spice Arena, dari 7 hingga 8 September 2019. Game yang dipertandingkan Auto Chess, Tekken 7, Super Smash Bros Ultimate, FIFA 19, PES 2019, PUBG Mobile, Pokémon Video Game, Pokémon Trading Card dan Soulcalibur VI. Kami telah berkesempatan menemuramah pemain Soulcalibur VI, Lionel Ong.
Lionel bermain untuk INC Infinite Carnage dengan menggunakan nama , dimana dia baru menggangotai pertubuhan yang telah wujud hampir sedekad ini. Antara fokus Infinite Carnage adalah game genre fighting. Mereka memiliki jawatankuasa yang mengendalikan tournament dan juga perjumpaan mingguan di kawasan Kuala Lumpur.
Lionel hanya mula memainkan Soulcalibur bermula dengan Soulcalibur VI, sememangnya pemain yang masih baru dalam game ini. Untuk game Soulcalibur, pemain-pemain esport terkemuka kebanyakkannya daripada Singapura. Lionel berpendapat, ianya demikian kerana pemain dari Singapura telah memainkan game ini sejak dari edisi awal; mungkin daripada Soulcalibur 3 atau 4. Jadi, jika dibandingkan dengan pemain Malaysia; ianya seperti membandingkan dewasa dan kanak-kanak.
Tetapi, menurut Lionel; tahap kemajuan yang ditunjukkan pemain-pemain Malaysia adalah lebih pantas kerana pemain Malaysia amat terkesan sekiranya kalah terutamanya kepada pemain dari Singapura. Setiap kekalahan kepada mereka hanya akan menyuntik semangat supaya pemain Malaysia akan bekerja lebih keras untuk mengatasinya. Dengan kepantasan ini, Lionel merasakan pemain Malaysia akan barada di tahap yang sama dengan pemain-pemai terkemuka game ini.
Watak yang digunakan oleh Lionel dalam game ini adalah Nightmare, kerana dia menggemari latar belakang watak tersebut yang gelap, misteri dan matlamat utamanya hanyalah mencetus kekacauan. Lionel juga menggunakan Yoshimitsu dimana dia mengganggapnya sebagai badut dalam Soulcalibur, dan dengan watak ini; Lionel akan mempersendakan lawannya.
Untuk hari kedua Esport Festival ini, Lionel bakal berdepan dengan lawan-lawan yang hebat, antaranya 575 dari Taiwan, ORS dari Singapura dan juga pemain-pemain dari Indonesia. Dan, Lionel seorang sahaja pemain dari Malaysia yang ditempatkan di Bracket teratas. Manakala, di Bracket bawah pula terdapat 2 pemain Malaysia yang boleh tahan juga permainan mereka.
Lionel akan memberikan lebih tumpuan kepada 575 dan ORS kerana kedua-dua pemain ini menggunakan watak yang sama iaitu Nightmare. Oleh kerana belum pernah berentap dengan 575, dia lebih gerun dengan Nightmare ORS. Saingan hari kedua nanti bakal menyaksikan Lionel menggunakan strategi permainan santai kerana menurutnya, persembahan hari pertamanya agak gemuruh.
Sebagai penutup sesi temuramah, Lionel telah memberikan sedikit suntikan semangat kepada anda di luar sana yang berminat untuk bermain secara kompetitif. Ketika mula bermain game ini, Lionel hanya memenangi lebih kurang 10% daripada perlawanannya. Anda hanya perlu terus tegar kerana peningkatan dalam game genre fighting sememangnya demikian. Mentaliti yang betul dalam setiap bertempuran adalah untuk mengambil pengajaran, bukannya fokus untuk menang semata-mata agar setiap kekalahan mendatangkan manfaat.
Terima kasih sekali lagi dan buat yang terbaik untuk perlawanan hari esok buat Lionel Ong demi Malaysia!
@gamersantaimy
Discussion about this post