Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Patch peningkatan prestasi PERCUMA untuk The Last of Us Part II versi PS5 dilancarkan hari ini!

Amir Haziq by Amir Haziq
May 20, 2021
in Artikel, Berita, Genre, Platform, PS4, PS5
0 0
0
Patch peningkatan prestasi PERCUMA untuk The Last of Us Part II versi PS5 dilancarkan hari ini!
Share on FacebookShare on Twitter

The Last of Us Part II merupakan game action-adventure yang telah dibangunkan oleh Naughty Dog dan diterbitkan Sony Interactive Entertainment. Game ini telah dianugerahkan sebagai Game of The Year di acara The Game Award 2020 tahun lalu. Hari ini, Sony telah mengumumkan bahawa The Last of Us Part II telah menerima patch peningkatan prestasi game untuk konsol PlayStation 5.

https://www.youtube.com/watch?v=9vKTikTO4dE

Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan mengenai kemaskini ini di PS Blog mereka. Patch versi 1.08 untuk game ini menawarkan pemain PS5 penukaran framerate antara 30 dan 60 di menu option Display. Peningkatan lain yang diberikan dalam patch ini juga adalah seperti peningkatan resolusi dan load time in-game yang telah pun tersedia untuk para pemain PS5.

Perlu diingatkan bahawa ini bukanlah game penuh remaster seperti The Last of Us Remastered. Walau bagaimanapun, Pengarah Komunikasi Naughty Dog, Arne Meyer menyatakan pasukan mereka telah mencuba mengkaji perkakasan PS5 dan akan memberikan sesuatu yang menarik pada masa akan datang. Patch baru untuk PS5 ini hanyalah permulaan baru dan mereka tidak sabar untuk berkongsi lebih banyak berita untuk para pemain.

Walaupun patch peningkatan ini dimaksudkan untuk pemilik PS5, tetapi pengguna versi PS4 juga boleh memuat turun patch bagi merasai pengalaman bermain lebih baik dengan kekuatan PS5 di The Last of Us Part II. Buat masa ini, Sony belum mengumumkan lagi mengenai SKU terpisah atau versi asli game ini di PS5 seperti yang diterima God of War baru-baru ini.

Patch peningkatan prestasi versi 1.08 kini sudah pun tersedia secara percuma untuk para pemain The Last of Us Part II harini. Untuk membaca liputan kami mengenai game ini, tekan sahaja pautan yang tersedia.

BELI disini!!
THE LAST OF US PART II
Release Date: 2020-06-19
PlayStation 4
The Last of Us Part II adalah permainan petualangan aksi yang dibangunkan oleh Naughty Dog dan diterbitkan oleh Sony Interactive Entertainment untuk PlayStation 4.
Tags: Patch barups5Sony Interactive EntertainmentThe Last of Us 2
Previous Post

Review Eden *tanpa spoiler*: Apabila manusia hidup dalam dunia yang dikuasai robot!

Next Post

PlayStation, Sega, EA dan banyak lagi akan kembali ke Summer Game Fest Jun ini!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
PlayStation, Sega, EA dan banyak lagi akan kembali ke Summer Game Fest Jun ini!

PlayStation, Sega, EA dan banyak lagi akan kembali ke Summer Game Fest Jun ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd