Wah nampaknya ada sesuatu yang menarik bakal hadir di PlayStation 4 tahun hadapan! Sebuah laman web yang bernama Gamstat yang sering mengemaskini tambahan permainan atau koleksi terbaru dalam PlayStation Store baru juga menambah ikon dan dua permainan baru yang menarik perhatian ramai. Yang pertama adalah Demo Final Fantasy VII Remake dan yang kedua menjadi perhatian adalah sebuah permainan yang menjadi fenomena dahulu terutama pada pengguna PSP dan PS Vita iaitu Patapon 2 telah diremaster!!
Dah beberapa kali kami mendengar demo Final Fantasy VII Remake ni akan hadir, serta beberapa percubaan telah dibuka untuk orang ramai seperti di E3 2019, Gamescom 2019, GameStart 2019 dan banyak lagi. Kebocoran ikon yang tersebar ini merupakan GamStat dari store Asia, Amerika, Eropah dan Jepun.
Seperti yang disebutkan diatas sebentar tadi yang menjadi perhatian adalah sebuah permainan yang pernah menjadi fenomena dalam tahun 2009 kini akan dilakukan semula iaitu Patapon 2 Remastered! Patapon 2 adalah sebuah permainan video oleh Sony Computer Entertainment yang diterbitkan untuk konsol PlayStation Portable. Ia menggabungkan ciri-ciri permainan irama dan permainan god game. Judul ini dibuat dari dua onomatopoeia Jepun, pata (berbaris) dan pon (drum). Permainan ini dipersembahkan dalam persekitaran dua dimensi, kartun, silhouetted dan menampilkan pemain yang bertindak sebagai dewa yang memerintah tentera makhluk puak kecil karikatur dengan menewaskan melalui gendang mengikut rentak yang diberi. Permainan ini dibangunkan oleh Pyramid dan dihasilkan oleh Japan Studios. Ia merupakan sekuel terus kepada Patapon.
Ini bukan satu-satunya kebocoran baru-baru ini dari Gamstat. Kembali pada minggu pertama Disember 2019, ikon Residen Evil 3 dan Resident Evil: Resistance di PlayStation Store telah dibocorkan. Sekitar satu minggu kemudian, semasa Play of State 2019, Residen Evil 3 telah diumumkan secara rasmi, Residen Evil: Resistance pula didedahkan sebagai mod multiplayer dan ia telah diberikan tarikh pelepasan 3 April 2020.
Final Fantasy VII Remake akan hadir tidak lama lagi iaitu 3 March 2020, jadi demo ini kemungkinan akan hadir dalam awal tahun dalam masa terhad sebelum pelancaran rasminya. Manakala Patapon 2 Remaster adalah sebuah permainan yang dilakukan semula untuk PlayStation 4.
Sumber: Gematsu
@gamersantaimy
Discussion about this post