Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Panduan menonton mengikut timeline Gundam dari Cosmic Era hingga Post Disaster

safwan by safwan
September 29, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Filem, Gunpla, Panduan
0 0
0
Panduan menonton mengikut timeline Gundam dari Cosmic Era hingga Post Disaster
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa je tidak kenal Gundam? Salah satu francais anime mecha terbesar yang terdiri daripada rancangan TV, filem, OVA dan banyak lagi. Dengan begitu banyak cerita dari generasi pertama hingga kini, sudah pasti ianya mempunyai timeline yang sukar untuk diketahui. Tetapi jangan risau, kami di sini akan menyediakan panduan untuk menonton anime Gundam mengikut timeline dari awal hingga akhir.

Berikut adalah Timeline-nya:

  1. Universal Century
  2. Future Century
  3. After Colony/Mars Century
  4. After War
  5. Correct Century
  6. Cosmic Era
  7. Anno Domini
  8. Advanced Generation
  9. Regild Century
  10. Post Disaster
  11. Build Fighters/Gundam Valhalla
  12. Ad Stella

Pada perkongsian yang lepas, kami telah kongsikan panduan untuk menonton di Future Century, After Colony (AC), After War dan Correct Century. Kali ini kami akan meneruskan dengan Cosmic Era, Anno Domini, Advanced Generation dan Regild Century.

Cosmic Era

Dalam Cosmic Era, ia hanya mengandungi sebanyak dua siri sahaja iaitu Mobile Suit Gundam Seed dan Mobile Suit Gundam Seed Destiny yang merupakan sekuel terus kepada yang pertama. Seperti siri Gundam yang lain, manusia telah berpecah. Ada yang tinggal di bumi dan bulan.

Namun terdapat satu konflik yang berlaku diantara Coordinator dan Natural yang membuatkan Blue Cosmos tertubuh. Coordinator adalah manusia yang telah diubah suai dan menjadi superhuman. Manakala Natural adalah manusia asli.

Gundam Seed mengisahkan tentang seorang remaja Coordinator bernama Kira Yamato yang tinggal di bumi. Penceritaan bermula selepas kawasan tempat tinggalnya diserang oleh tentera Z.A.F.T. Kira memandu Strike Gundam dan bertarung bersama rakannya yang lain iaitu Athrun Zala.

  1. Mobile Suit Gundam Seed
  2. Mobile Suit Gundam Seed Destiny

Anno Domini

Dalam timeline ini, ia hanya terkandung dua musim Mobile Suit Gundam 00 dan satu filem iaitu Mobile Suit Gundam 00: A Wakening of the Trailblazer. Timeline ini sebenarnya berlaku di dunia sebenar tetapi 300 tahun kehadapan.

Anno Domini atau A.D akan mengikuti kumpulan yang digelar Celestial Being. Mereka ditubuhkan denga tujuan untuk menghentikan semua peperangan. Dalam Celestial Being mempunyai 5 orang pilot yang berkemahiran tinggi dan masing-masing mempunyai alasan untuk bertarung.

  1. Mobile Suit Gundam 00 (2 Musim)
  2. Mobile Suit Gundam 00: A wakening of the Trailblazer

Advanced Generation

Dalam timeline Advanced Generation, ia hanya terkandung satu siri sahaja iaitu Gundam Age. Ia akan mengikuti jalan cerita tentang keluarga pilot Gundam yang berlaku sepanjang “One Hundred Years War.” Setiap arc akan menampilkan generasi baru keluarga dan perjalanan mereka sepanjang perang berlaku.

Gundam Age bermula dengan generasi Flit Asuno yang menggunakan blueprint daripada “AGE Device” untuk membina Gundam untuk menyelamatkan manusia daripada penceroboh yang dikenali sebagai “The Unknown Enemy (UE).

Kalau anda nak tahu, sebenarnya Gundam Age adalah projek bersama antara Bandai dan juga Level 5, sebuah syarikat pembangun game. Dan sepatutnya ia adalah sebuah game tetapi Bandai menukar projek itu menjadi siri anime.

  1. Gundam Age

Regild Century

Mengandungi hanya satu siri anime sahaja iaitu Gundam Reconguista in G. Secara amnya, ia berada dalam timeline sama dengan Universal Century. Cuma apa yang berlaku dalam Regild Century adalah seribu tahun selepas tamatnya Universal Century dan lebih kurang selepas 500 tahun daripada Correct Century.

  1. Gundam Reconguista in G

Setelah selesainya senarai kali ini, ia merupakan bahagian yang ke-3 daripada keseluruhan timeline Gundam. Kalau ikutkan memang agak susah jika nak ikut rapat dengan francais Gundam ini. Jadi, sampi disini sahaja perkongsian bagi Gundam Timeline untuk hari ini dan akan disambung nanti. Untuk lebih banyak berita menarik mengenai Gundam, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Advanced GenerationAnno DominiCosmic EraGundam 00Gundam AgeGundam Reconguista in GGundam SeedGundam TimelineRegild Century
Previous Post

One Piece mungkin akan dedahkan rahsia Devil Fruit tak lama lagi!

Next Post

RAZER umum “Instinct Collection” — koleksi pakaian sukan untuk aktiviti lasak & gim!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
RAZER umum “Instinct Collection” — koleksi pakaian sukan untuk aktiviti lasak & gim!

RAZER umum "Instinct Collection" -- koleksi pakaian sukan untuk aktiviti lasak & gim!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd