Baru-baru ini pemain Fortnite telah melaporkan gangguan glitch di Cabaran Gaya Blackheart dan Hybrid yang tidak muncul dalam senarai cabaran mereka, walaupun mereka telah membuka kunci kulit pada musim sebelumnya.
Blackheart and Hybrid Challenges Missing from FortNiteBR
Bagi mereka yang tidak tahu, Blackheart dan Hybrid adalah dua kulit yang diberikan kepada pemain yang membeli pas musim ke 8 dan mereka berdua mempunyai cabaran gaya progresif mereka sendiri. Pemain yang memiliki kulit dapat menyelesaikan cabaran pada musim yang akan datang, selagi mereka dapat membuka kunci sebelum musim berakhir.
Epic Games dimaklumkan mengenai isu ini dan mereka menyiasat apa yang telah menyebabkannya berlaku. Mereka kemudiannya mengeluarkan hotfix untuk menghalang isu itu daripada berlaku kepada lebih ramai pemain. Mereka juga mengumumkan bahawa mereka akan menyiasat cara untuk menyelesaikan masalah ini untuk pemain yang telah terjejas sebelum perbaikan terbaru.
We've released a fix that will prevent this issue from occurring to any more players moving forward. We're investigating ways to resolve this issue for players who have already been affected.
We'll provide a status update when we have more information.
— Fortnite (@FortniteGame) May 9, 2019
Epic baru saja mengumumkan bahawa akan ada fix penuh dalam v9.01 untuk pemain yang terjejas oleh ganguan glitch ini dan mereka akan diberi pampasan untuk setiap cabaran yang lengkap. Bukan itu sahaja, pemain juga akan diberikan bonus, tapi masih belum diumumkan.
Update: We have a full fix for affected players in the v9.01 update that will provide compensation for any previously completed Challenges as well as a bonus!
— Fortnite (@FortniteGame) May 9, 2019
Mungkin bonus tersebut adalah dengan memberi beberapa V-Bucks untuk pemain yang terjejas oleh gangguan ini, kerana bonus yang sama telah diberi untuk gangguan-gangguan lain sebelum ini.
Jadi kita tunggu kemaskini berikutnya dari pihak Epic Games bagi menangani isu ganguan di Fortnite ini.
Sumber: Fortnite Insider
@gamersantaimy
Discussion about this post