Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Palworld Umum Update Besar Pada Disember Ini, Tambah Pulau Gergasi Baharu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 28, 2024
in Artikel, Berita, Microsoft, PC, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Palworld Umum Update Besar Pada Disember Ini, Tambah Pulau Gergasi Baharu!
Share on FacebookShare on Twitter

Berita menggembirakan untuk game “open-world survival crafting” Palworld—pembangun Pocketpair telah mengumumkan bahawa update besar seterusnya akan dilancarkan pada bulan Disember!

Update ini akan memperkenalkan sebuah pulau baharu yang sangat besar, kira-kira enam kali ganda saiz Sakurajima (pulau yang ditambah dalam update besar sebelumnya). Walaupun tarikh pelancaran spesifik belum diumumkan, skala kemas kini ini dijangka membawa perubahan besar kepada game.

Kredit: Pocketpair

Pulau yang bakal tiba ini adalah kawasan terbesar dan paling mencabar dalam Palworld setakat ini. Dipenuhi dengan bos yang menggerunkan dan pelbagai spesies Pals baharu yang agresif, ia pasti akan menguji kemahiran pemain paling berpengalaman.

Dengan keluasan pulau ini—enam kali lebih besar daripada Sakurajima—akan ada banyak ruang untuk diterokai, dan menemui sumber serta Pals baharu.

Kredit: Pocketpair

Selain pulau baharu, banyak kandungan baharu yang menarik akan ditambah dalam update Palworld ini. Pocketpair akan berkongsi butiran lanjut melalui saluran YouTube rasmi Palworld dan media sosial mereka dalam minggu-minggu akan datang. Nantikan teaser dan info lanjut menjelang pelancaran!

Menambahkan lagi keseronokan, Pocketpair telah mengesahkan kolaborasi dengan game popular Terraria! Dengan lebih 60 juta salinan terjual di seluruh dunia, crossover antara Terraria dan Palworld dijadualkan tiba pada tahun 2025.

Kredit: Pocketpair

Jika anda belum mencuba Palworld, kini adalah masa yang terbaik! Game ini kini ditawarkan dengan diskaun 25% sempena Steam Autumn Sale, yang berlangsung sehingga 5 Disember. Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkannya pada harga yang lebih rendah.

Palworld kini berada dalam Early Access dan tersedia di PlayStation 5, Xbox Series, Xbox One, dan PC melalui Steam dan Microsoft Store. Pelanggan Game Pass juga boleh menyertai aksi ini sekarang.

Tags: PalworldUpdate
ShareTweetSend
Previous Post

Steam Autumn Sale Telah Tiba! Game Suicide Squad Hanya RM15!

Next Post

Manga Terlaris 2024 Menurut Oricon – Jujutsu Kaisen Kekal Di Puncak!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Manga Terlaris 2024 Menurut Oricon – Jujutsu Kaisen Kekal Di Puncak!

Manga Terlaris 2024 Menurut Oricon - Jujutsu Kaisen Kekal Di Puncak!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd