Invader Studios telah mengumumkan game horror survival Daymare: 1998 akan dikeluarkan pada musim panas ini, dan Destructive Creations dan All in! Games telah turut tolong bekerjasama.
Sebagai projek game pertama mereka, Invader Studios telah mengusahakan Daymare sejak penubuhan mereka pada 2016. Mereka membuat keputusan untuk bekerjasama dengan developer Destructive Creations ( yang mencipta Ancestors Legacy dan IS Defence ) dan penerbit All in! Games ( yang menerbit game seperti Metamorphosis dan Space Company Simulator ) untuk memastikan game mereka menjadi yang terbaik daripada yang terbaik.
Daymare: 1998 dibintangi tiga protagonis iaitu seorang askar elit, juruterbang helikopter, dan renjer hutan, ketika mereka mengembara melalui bandar yang terlibat dengan sebuah kejadian di sebuah fasiliti penyelidikan berhampiran. Pemain akan mengalami suasana third-person horror survival yang hardcore dan pada masa sama, menyelesaikan puzzle, jelajah suasana, mencari sumber-sumber, dan berlawan musuh yang susah untuk mati!
Mari kita usya game ini nanti apabila ia keluar di PC pada musim panas ini. Jangan lupa! Versi PlayStation 4 dan Xbox One juga bakal tiba kemudian!
Sumber – Gematsu
@gamersantaimy
Discussion about this post