Blizzard memperkenalkan Roadmap dan ujian beta bagi Overwatch 2 semasa acara live stream malam tadi. Roadmap tersebut mengandungi rancangan untuk jangka masa setahun termasuk hero, map dan mode baharu. Sebelum ini dalam acara Xbox & Bethesda Game Showcase, mereka mengumumkan Overwatch 2 akan dilancarkan pada 4 Oktober 2022 secara percuma di PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC.
Pada Season 1, mereka akan menyediakan 3 hero baharu termasuk Sojourn dan Junker Queen. Bukan setakat itu sahaja, mereka juga akan memberikan 6 peta dan 30 skin baharu kepada pemain. Yang menariknya season 1 ini, mereka akan menambah game mode baharu, battle pass dan skin Mythic.
Season 2 yang akan bermula pada 6 Disember akan menerima penambahan seperti hero tank, map, battle pass, skin mythic dan 30 skin baharu. Pada tahun 2023, mereka akan menambah lebih banyak hero, map, skin, mode, dan battle pass serta bermulanya mode PVE.
Selain itu, mereka juga mengumumkan ujian beta yang akan diadakan pada 28 Jun 2022. Jadi, sesiapa yang berminat untuk menyertainya boleh daftarkan diri anda di laman web rasmi Overwatch 2. Dalam ujian beta, anda boleh bermain sebagai Junker Queen. Ia merupakan hero kelas tank yang menggunakan shotgun sebagai senjata utama dan kapak besar sebagai senjata melee.
Ability pertama Junker Queen adalah serangan dash bersama kapak yang dipusingkan manakala yang kedua pula, dia boleh memanggil kembali kapaknya selepas dibaling dengan menggunakan sarung tangan magnet. Berikut adalah serba sedikit mengenai Junker Queen:
Junker Queen ialah pemerintah Junkertown, sebuah tempat perlindungan di kemudahan pembuatan robotik yang telah musnah di Australian Outback. Junker Queen juga menyelia Scrapyard, arena gladiator di mana ia merupakan tempat penduduk Junkertown berjuang untuk meneruskan hidup. Di sinilah Wrecking Ball menemui tujuannya selepas melarikan diri dari Horizon Lunar Colony.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa game ini adalah percuma untuk dimainkan dan akan dilancarkan pada 4 Oktober 2022 di PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC. Dengan adanya Roadmap ini, mesti anda tidak sabar untuk mencuba Overwatch 2 dan bermain ketika ujian beta diadakan. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post