Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Overwatch 2 bagi skin legendary percuma, Ini cara-cara dapatkan Cursed Captain Reaper!

safwan by safwan
October 12, 2022
in Artikel, Battle.net, Berita, Game Baru, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Shooter, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Overwatch 2 bagi skin legendary percuma, Ini cara-cara dapatkan Cursed Captain Reaper!
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak dilancarkan pada awal Oktober lalu, Overwatch 2 telah mempunyai pelbagai isu termasuk masalah server, bug dan lain-lain lagi. Disebabkan masalah tersebut mengganggu ramai pemain untuk masuk ke dalam game, Blizzard telah membuat keputusan untuk memberikan beberapa ganjaran kepada semua pemain Overwatch 2 termasuk Skin Legendary, Cursed Captain Reaper.

Namun, untuk mendapatkan skin ini terdapat cara-caranya tau. Sebelum pergi terus ke cara-cara, ganjaran yang akan diberikan kepada semua pemain adalah “Double Match XP” pada hujung minggu, “weapon charm – Health Pack” dan skin Legendary – Cursed Captain Reaper.

Untuk “Double Match XP”, mereka masih tidak mempunyai tarikh rasmi lagi. Tetapi untuk dua ganjaran lain seperti Legendary Skin dan Weapon Charm, semua pemain boleh mendapatkannya bermula 25 Oktober 2022 sehingga season 1 tamat.

Bersama dengan pengumuman yang dilakukan oleh Blizzard, mereka mengatakan bahawa isu yang telah dihadapi oleh ramai pemain sebelum ini telah stabil secara keseluruhan dan membuat banyak kemajuan dalam membetulkannya.

Kami komited untuk menyiasat secara konsisten isu apabila ia timbul, berusaha dengan cepat ke arah pembetulan dan bersikap telus dengan komuniti kami mengenai status Overwatch 2. Pasukan ini terus berusaha untuk memberikan kemas kini yang lebih stabil, dengan “patch” lain dirancang untuk akhir minggu ini, dan kami memantau game dengan teliti untuk isu dan bug yang timbul.

Menurut Blizzard

Untuk pengetahuan korang, Blizzard telah membuang 2 hero buat sementara waktu iaitu Bastion dan Torbjorn kerana terdapat bug yang memberi kesan kepada gameplay. Bastion telah dibuang secara keseluruhan manakala Torbjorn masih boleh dimainkan tetapi tidak didalam perlawanan “Competitive”.

Kedua-dua wira ini mengalami bug yang sangat mempengaruhi gameplay, dan kami akan berkongsi update mengenainya tidak lama lagi.

Menurut Blizzard

Melalui laporan daripada pemain, bug yang ada pada Bastion membolehkan pemain spam “ultimate” kepada pihak lawan. Manakala skill “Overload” Torbjorn boleh digunakan sehingga 2 kali tetapi ia akan bergantung pada masa menekan skill tersebut.

Saya ingin mengingatkan bahawa ganjaran yang akan diberikan akan bermula pada 25 Oktober 2022 sehingga Season 1 berakhir. Jadi, kepada sesiapa yang ingin menginginkan Skin Legendary dan Weapon Charm Health Pack, anda hanya perlu “log in” ke dalam Overwatch 2 sahaja tanpa membuat sebarang “challenge in-game”.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: Cursed Captain ReaperOverwatch 2
Previous Post

Game MMO “The Day Before” ditunda, MYTONA menjelaskan mengapa [gamescom Asia 2022]

Next Post

Secretlab Titan EVO 2022 tampil dengan koleksi Naruto Shippuden, kerusi anime eksklusif!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Secretlab Titan EVO 2022 tampil dengan koleksi Naruto Shippuden, kerusi anime eksklusif!

Secretlab Titan EVO 2022 tampil dengan koleksi Naruto Shippuden, kerusi anime eksklusif!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd