Team17 dan Ghost Town Games telah mengumumkan The Peckish Rises, sebuah pengembaraan kulinari eksklusif sebagai sebahagian daripada Overcooked! All You Can Eat. Dijangka akan keluar pada hari pelancaran PlayStation 5 dan Xbox Series X|S bermula 12 November pada akhir tahun ini, pengembaraan ini merangkumi 7 dapur baru dan menambah tiga chef iaitu Axolotl Chef, Unbread Chef, dan Everpeckish Chef.
Dapur baru juga bermaksud cara baru untuk memasak, jadi setiap chef harus mengelak api, menggunakan meriam, dan memotong menggunakan guillotine dalam usaha untuk menyelesaikan pesanan tepat pada waktunya sambil menguruskan huru-hara yang berlaku di sekeliling. Mari kita lihat trailer-nya:
Overcooked! All You Can Eat menyajikan setiap kandungan daripada kedua-dua Overcooked! dan Overcooked! 2, termasuk kandungan dan kemas kini yang boleh dimuat turun yang dibuat sepenuhnya dari daripada dalam 4K dan berjalan pada 60 FPS. Pengalaman ini merangkumi lebih daripada 200 level kulinari, di mana semuanya boleh dimainkan dalam talian, serta senarai watak yang terdiri daripada lebih 80 chef. Buat pertama kalinya, Overcooked! juga akan menampilkan “cross play multiplayer“, yang akan ditambahkan ke Overcooked! All You Can Eat sebagai sebahagian daripada kemas kini untuk pelancaran pertama.
Overcooked! All You Can Eat juga mempunyai pilihan aksesibiliti baru dan mod bantuan yang menambah ciri untuk meningkatkan tempoh level; meningkatkan markah yang diberikan untuk setiap hidangan; memanjangkan tempoh resipi, dan keupayaan untuk mematikan tempoh tamat pesanan. Pilihan aksesibiliti juga merangkumi pilihan untuk mengaktifkan teks mesra disleksia, UI yang berskala, dan petunjuk bagi mereka yang buta warna.
Overcooked! All You Can Eat akan tersedia dalam edisi fizikal dan digital untuk kedua-dua konsol generasi akan datang pada akhir tahun ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post