Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Onimusha: Way of the Sword Perkenalkan Miyamoto Musashi sebagai Protagonis!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 13, 2025
in Action, Artikel, Berita, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Onimusha: Way of the Sword Perkenalkan Miyamoto Musashi sebagai Protagonis!
Share on FacebookShare on Twitter

Capcom baru sahaja melancarkan trailer baharu untuk Onimusha: Way of the Sword, memberikan pandangan lebih mendalam tentang game aksi fantasi gelap ini sejak pendedahannya di The Game Awards. Trailer terbaru ini memperkenalkan watak utama—Miyamoto Musashi, seorang samurai legenda yang kini diolah semula sebagai pahlawan muda yang gagah dengan elemen supernatural.

Dalam game ini, Musashi menemui dan menggunakan Oni Gauntlet, sebuah artifak mistik yang memberikannya kekuatan luar biasa melebihi had manusia biasa. Dengan senjata ini, dia bertarung melawan gerombolan makhluk iblis Genma, dalam pertempuran yang menggabungkan sejarah dengan mitologi. Menariknya, wajah Musashi dalam game ini diinspirasikan daripada pelakon legenda Jepun, Toshiro Mifune, yang terkenal dengan watak samurai dalam filem klasik.

Kredit: Capcom

Berlatarbelakangkan Kyoto, Onimusha: Way of the Sword membawa pemain ke sebuah bandar yang telah diselubungi oleh awan jahat, satu kuasa gelap yang mengundang neraka ke dunia manusia dan mencetuskan huru-hara di ibu kota Jepun feudal. Musashi berhadapan dengan cabaran yang sengit, termasuk menentang musuh berbahaya seperti Byakue—raksasa bersenjata kapak yang semakin kuat apabila tubuhnya dibasahi darah.

Kredit: Capcom

Sebagai entri seterusnya dalam siri Onimusha selepas hampir dua dekad, Onimusha: Way of the Sword menggabungkan elemen sejarah yang kaya dengan mekanik pertempuran moden yang inovatif. Game ini menjanjikan aksi pertarungan pedang yang intens dengan fokus kepada teknik memotong musuh dan keputusan taktikal untuk menyerap roh mereka dalam pertempuran.

Kredit: Capcom

Peminat boleh menantikan pengembaraan epik ini di PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam apabila game ini dilancarkan pada tahun 2026.

Tags: Onimusha: Way of the Sword
ShareTweetSend
Previous Post

Stellar Blade Bakal Hadir di PC dengan DLC “Goddess of Victory: Nikke”

Next Post

Remaster “Onimusha 2: Samurai’s Destiny” Akan Kembali Mei 2025!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Remaster “Onimusha 2: Samurai’s Destiny” Akan Kembali Mei 2025!

Remaster "Onimusha 2: Samurai’s Destiny" Akan Kembali Mei 2025!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd