One Punch Man akhirnya telah menamatkan arc Monster Association dan diteruskan dengan arc terbaru di mana peminat akhirnya dapat tahu tentang kedudukan terbaru Saitama dalam siri ini. Human Monster Saga merupakan saga terpanjang dalam manga ini dan akhirnya telah bersedia untuk meneruskan ke saga seterusnya. Di dunia baru selepas peperangan antara hero dan monster, Hero Association kini sedang berada di situasi yang baru.
AMARAN! ARTIKEL INI MEMPUNYAI SPOILER!
Dengan bab terbaru manga One Punch Man kini memulakan langkah besar untuk arc terbarunya, ia mendedahkan bahawa Hero Association telah memindahkan pasukan mereka ke fasiliti baru yang lebih besar. Ini kerana supaya mereka boleh menghantar hero dengan lebih mudah dan cepat untuk melindungi orang-orang VIP. Di bab baru ini juga peminat akhirnya didedahkan dengan pangkat baru hero Caped Baldy ataupun Saitama.
Seperti yang dilihat oleh peminat sepanjang arc Monster Association, ramai hero telah dikalahkan oleh pasukan monster. Hero-hero yang dikalahkan itu sama ada dapat kecederaan yang tidak dapat dipulihkan ataupun terbunuh telah menyebabkan perubahan pada kedudukan hero di Hero Association. Walaupun hero kelas S masih belum didedahkan lagi kedudukan mereka , Saitama secara rasmi telah disahkan kini menjadi hero kelas A, Rank 39.
Arc baru ini akan memfokuskan lebih pada Saitama kerana seluruh hero telah melihat dia memusnahkan robot dan pintu keselamatan fasiliti baru tersebut. Peminat hanya perlu menunggu masa sebelum Saitama mendapat lebih pengiktirafan pada bab-bab yang akan datang. Kini ia hanya soal sama ada hero lain akan sedar tentang pencapaian dan pengorbanan Saitama pada masa lalu.
Lagi-lagi apabila Genos menceritakan kisah yang terjadi semasa Saitama berlawan dengan Garou yang berubah menjadi monster. Dia menceritakan kisah tersebut kepada beberapa hero kelas S dan Amai Mask yang kemudian meninggal bilik mesyuarat tersebut kerana mempunyai jadual yang ketat.
Genos mengambil masa empat jam untuk menceritakan kisah tersebut. Disebabkan daripada penceritaan daripada Genos, hero kelas S mula mencurigai tentang kekuatan Saitama yang sebenar.
Jadi apa pendapat korang tentang kedudukan Saitama yang baru dalam One Punch Man, agak-agak bila dia akan mendapat kedudukan pertama dalam kelas S memandangkan Blast juga tidak mampu mengalahkan Garou. Boleh berikan pendapat korang di ruangan komen di bawah.
Untuk banyak lagi liputan tentang One Punch Man, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post