Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Punch Man – Akhirnya Saitama akan berlawan dengan Tatsumaki! [SPOILER]

Alan Fikri by Alan Fikri
January 13, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
One Punch Man – Akhirnya Saitama akan berlawan dengan Tatsumaki! [SPOILER]
Share on FacebookShare on Twitter

Akhirnya, saat-saat yang ditunggu-tunggu oleh peminat One Punch Man, iaitu pertarungan diantara hero kelas A, Saitama dan hero kelas S, Tatsumaki! Sepanjang siri ini berlangsung, peminat telah lama menunggu untuk melihat pertarungan di antara kedua-dua hero ini. Kini, nampaknya Tatsumaki sudah bersedia untuk menunjukkan kepada Saitama tentang kekuatan psikiknya.

Seperti yang dapat kita lihat pada bab terbaru bulan ini, One Punch Man memulakan perbalahan liar antara Tatsumaki dan adiknya. Walaupun sebelum ini, dua beradik tersebut sering bergaduh. Namun kali ini Tatsumaki kelihatan terlalu melampau sehinggakan ingin menyakitkan ahli Blizzard Group, hal ini kerana terdapat seorang ahli kumpulan tersebut telah menikam Fubuki dari belakang. Tatsumaki telah mengambil keputusan sendiri dan dan dia mengancam untuk menamatkan kerjaya mereka semua.

Dia berkata, “Saya akan mencederakan awak (Blizzard Group) supaya awak tidak akan mati. Cukup untuk memastikan awak tidak akan bekerja sebagai wira lagi.” Tetapi dia dihalang oleh Saitama. Tatsumaki menjelin ke arah Saitama dan dengan marah dia tertanya, “Apa!?”.

Saitama mengeluh dan berkata, “Ini sudah terlalu melampau untuk menolong adik sendiri. Kenapa para hero kena berlawan sesama sendiri?” Dan pada ketika itu, One Punch Man menamatkan bab terbaru dengan kata-kata Saitama. Nampaknya dia sudah bersedia untuk berlawan dengan Tatsumaki kerana perbuatan yang melampaunya. Kita tahu hero esper ini pasti tidak akan lari daripada cabaran.

Akhirnya, One Punch Man telah menetapkan pertarungan diantara Saitama dan Tatsumaki. Kita tahu ia akan menadi pertarungan yang epik! Mereka mungkin berada di pihak yang sama, tetapi Tatsumaki dan Saitama tidak mempunyai hubungan yang baik. Kali ini, perjumpaan mereka mungkin akan menyebabkan kerosakan yang besar.

Jadi, apa pendapat anda tentang penamat bab kali ini? Adakah Tatsumaki dapat kalahkan Saitama? Bolehkah Saitama one punch hero kelas S ini? Nampaknya kita kena tunggu bab yang akan datang nanti.

Untuk membaca segala liputan daripada kami tentang One Punch Man, sila tekan pautan ini.

Tags: animemangaOne Punch ManSaitamaTatsumaki
Previous Post

Berlatarkan WWII, Total Tank Generals Bakal Tiba Pada 31 Mac di Steam!

Next Post

6 Perkara Cliche Yang Selalu Ditemui Dalam Anime Shonen!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Langrisser: Sea of Sword – Combat Dual-Hero Dengan Dunia Bebas Untuk Meneroka
Berita

Langrisser: Sea of Sword – Combat Dual-Hero Dengan Dunia Bebas Untuk Meneroka

July 22, 2026
Sankei Digital & Eliphant Bersatu Untuk Bawa Game Tempatan ke Pentas Dunia
Industri

Sankei Digital & Eliphant Bersatu Untuk Bawa Game Tempatan ke Pentas Dunia

July 22, 2026
Previu Persona 4 Revival – Kita Kembali Ke Midnight Channel, Rupa Paras & Gameplay Lagi Dinamik
Preview

Previu Persona 4 Revival – Kita Kembali Ke Midnight Channel, Rupa Paras & Gameplay Lagi Dinamik

July 22, 2026
Next Post
6 Perkara Cliche Yang Selalu Ditemui Dalam Anime Shonen!

6 Perkara Cliche Yang Selalu Ditemui Dalam Anime Shonen!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd