Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One-Punch Man akhirnya memperkenalkan Hero No. 1 Blast!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 15, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
One-Punch Man akhirnya memperkenalkan Hero No. 1 Blast!
Share on FacebookShare on Twitter
Walaupun webcomic original oleh ONE telah memasuki story arc berbeza, adaptasi manga oleh Yusuke Murata kini mencapai klimaks Monster Association arc. Kehebatan setiap hero sedang diuji dalam pertarungan menentang Monster Association, tetapi ramai yang tertanya. “Mengapa hero nombor satu S-Class masih tidak tonjolkan diri walaupun dunia di ambang kemusnahan?

Identitinya kini bukan rahsia lagi kerana dalam bab 139 manga, peminat akhirnya dapat melihat wajah Blast buat pertama kali! Kewujudan Blast sudah lama kita tahu sejak barisan hero S-Class diperkenalkan, dan semasa “flashback” pada origin story Tatsumaki, pembaca boleh lihat bahawa Blast lah wira yang menyelamatkannya. Tetapi dalam bab terbaru, siapalah sangka dia akan bertemu dengan Saitama secara depan-depan.

Bab ini bermula dengan Saitama, Flashy Flash dan Manako yang masih terperangkap di bawah tanah setelah pertarungan Tatsumaki dan Psykos. Ketika mencari jalan keluar, mereka menemui sebuah kiub hitam misteri yang boleh bercakap. Kiub hitam ini memberitahu bahawa ia memerlukan hos yang kuat untuk memberikannya kuasa dan akan “mengumpulkan” mereka yang tidak layak. Tiba-tiba, sebuah portal pun muncul di belakang mereka.

Yang muncul dari portal ini adalah hero no.1 S-Class Blast yang mengambil kiub tersebut. Senang hati kerana tiada siapa menyentuh kiub itu atau menerima apa-apa “perjanjian” misteri, Blast menjelaskan bahawa kiub itu adalah sejenis objek yang dia kumpulkan “pada masa lapang”. Kiub itu pun mengenali Blast dan sebelum sempat memarahinya, Blast memindahkan kiub itu ke tempat lain.

Flashy Flash cuba menguji kekuatan Blast dengan serangan pantas, tetapi Blast berjaya mengelak serangan ini dengan mudah. Selepas mengingatkan mereka untuk memberi salam kepada “Sitch dan Tornado“, Blast membuka sebuah portal baru untuk membolehkan Saitama, Flash, dan Manako melepaskan diri dari kawasan bawah tanah.

Walaupun kita sudah tahu penampilan penuh Blast, ia hanya menimbulkan lebih banyak persoalan dalam otak kita. Apakah matlamat sebenar Blast dalam siri? Bukan setakat itu sahaja, ia juga menimbulkan persoalan jika adakah Blast sama kuat seperti Saitama? Beri tahu pendapat anda dalam ruang komen sekarang! Untuk segala liputan kami tentang One-Punch Man, sila tekan pautan ini.

Tags: BlastmangaOne Punch Man
Previous Post

Siri Kingdom Hearts akan hadir ke PC sebagai eksklusif di Epic Games Store

Next Post

Guilty Gear -Strive- Demo Preview: Visual meletup & perubahan sistem!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Guilty Gear -Strive- Demo Preview: Visual meletup & perubahan sistem!

Guilty Gear -Strive- Demo Preview: Visual meletup & perubahan sistem!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd