Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece SPOILER – Identiti Dr. Vegapunk akhirnya didedahkan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 26, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
One Piece SPOILER – Identiti Dr. Vegapunk akhirnya didedahkan
Share on FacebookShare on Twitter

Manga One Piece bab 1061 baru sahaja dikeluarkan beberapa hari lepas dan kita dapat melihat bahawa geng Straw Hat akan memulakan pengembaraan di pulau baharu. Kita tahu yang pencipta Eiichiro Oda suka meletakkan banyak rahsia di dalam jalan cerita tetapi setelah sekian lama, akhirnya salah satu misteri terbesar telah didedahkan iaitu identiti Dr. Vegapunk!

One Piece, Ch. 1,061: Team Luffy runs into some trouble at sea! It looks like they’re gonna need a bigger boat! Read it FREE from the official source! https://t.co/1R3x5jJ74v pic.twitter.com/9USWnj1OFw

— Shonen Jump (@shonenjump) September 25, 2022
AMARAN! TEKAN DI SINI UNTUK BACA SPOILER ONE PIECE 1061!

One Piece 1061 mendedahkan bahawa krew Straw Hat telah mendarat di Egghead Island, “sebuah pulau yang wujud 500 tahun di masa depan”. Masih banyak yang belum diterokai di lokasi itu, namun, terdapat pelbagai jenis haiwan robotik di sekeliling.

Hampir tiba di lokasi, geng Straw Hat terdengar jeritan Jewelry Bonney (salah satu daripada Worst Generation) yang diserang oleh seekor jerung robot. Jerung itu kemudian menyerang kapal Thousand Sunny, dan ini menyebabkan kapal mereka terbalik hingga Luffy, Jinbe, Chopper, dan Bonney terpaksa berpecah dengan rakan-rakan lain.

Pada ketika itu, ahli lain tiba-tiba telah diselamatkan oleh robot gergasi misteri. Rupanya di dalam adalah seorang wanita yang mengaku dirinya sebagai Dr. Vegapunk!

Asalnya dianggap sebagai seorang lelaki tua, Vegapunk rupanya adalah seorang wanita cantik dengan rambut yang menutup sebelah muka. Di sini, dia mengaku dirinya bekerja untuk “Government” sebagai saintis hebat dan bukanlah rakan sekutu kepada mana-mana lanun.

Bagi mereka yang tidak tahu, Dr. Vegapunk adalah saintis terkemuka yang bekerja di bawah Marine. Antara pencapaiannya termasuk menemui rahsia dan fungsi “Seastone”, rahsia dan fungsi pelbagai Devil Fruit, dan banyak lagi pencapaian saintifik lain yang dikatakan 500 tahun lebih maju daripada teknologi semasa.

Walau bagaimanapun, sehingga bab terkini, Oda tidak pernah mendedahkan identiti saintis hebat ini.

Imej Dr. Vegapunk dalam episod sebelum

Namun, masih terdapat beberapa teori. Kita tidak tahu sama ada ini benar-benar Dr. Vegapunk atau seorang robot, jadi lebih baik peminat menunggu keluaran berita seterusnya. Apa pendapat korang – adakah ini Dr. Vegapunk sebenar? Jom kongsi pendapat di ruang komen!

Untuk membaca segala liputan kami tentang One Piece termasuk review untuk Film: RED, sila tekan pautan ini.

Sumber – Shueisha

Tags: animeDr Vegapunkmangaone piece
Previous Post

The Witcher season 3 bakal tiba di Netflix pada musim panas 2023!

Next Post

[Preview] Demon Slayer – The Hinokami Chronicle DLC — Menampilkan Uzui & Demon Form Nezuko

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
[Preview] Demon Slayer – The Hinokami Chronicle DLC — Menampilkan Uzui & Demon Form Nezuko

[Preview] Demon Slayer - The Hinokami Chronicle DLC -- Menampilkan Uzui & Demon Form Nezuko

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd