Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece: Pirate Warriors 4 akan tambah 9 watak DLC baru, termasuk Luffy Gear 5!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 24, 2023
in Action, Anime, Artikel, Berita, DLC, Musou, PC, PS4, Steam, Xbox One
0 0
0
One Piece: Pirate Warriors 4 akan tambah 9 watak DLC baru, termasuk Luffy Gear 5!
Share on FacebookShare on Twitter

Diumumkan semasa One Piece Day, kita dapat pengesahan rasmi bahawa One Piece: Pirate Warriors 4 akan menambah kandungan DLC baru selepas tiga tahun pelancaran game. Secara khususnya, Bandai Namco dan Omega Force akan mengeluarkan One Piece: Pirate Warriors 4 Character Pass 2, yang terdiri daripada tiga DLC baru yang menambah 9 watak yang boleh dimainkan. Pek DLC pertama, “The Battle of Onigashima Pack,” akan dikeluarkan pada bulan September 2023.

Anda boleh tonton trailer di bawah:

Setiap pek DLC One Piece: Pirate Warriors 4 akan menampilkan tiga watak baharu. Pertama sekali adalah Pek DLC 4 “The Battle of Onigashima Pack”, yang termasuk “Onigashima Battle Luffy” dan dua watak lain. Onigashima Battle Luffy boleh dimainkan dalam Gear Five apabila menggunakan teknik-teknik khas.

Malangnya, dua watak lain dalam Pek DLC 3 tidak didedahkan. Sesiapa yang membeli Character Pass 2 juga akan menerima kostum “Onigashima Battle” untuk Trafalgar D. Water Law.

Kredit: Bandai Namco
Kredit: Bandai Namco

Selain itu, Pek DLC 4 dan 5 turut dalam pembikinan tetapi kita tidak tahu siapa yang akan disertakan. Klu yang diberi hanyalah siluet gelap tetapi ternyata Uta (anak perempuan Red Haired Shanks) akan ditambah sebagai watak DLC dalam Pek 5. Siluet untuk Pek 6 tidak begitu jelas tetapi teori di internet kata bahawa kita mungkin dapat bermain sebagai Gol D. Roger semasa muda.

Kredit: Bandai Namco

Buat masa ini, itu sahaja maklumat yang kami ada.

Bagi mereka yang tidak tahu, One Piece Warriors 4 asalnya dikeluarkan pada 27 Mac 2020 dan merupakan antara siri permainan video paling berjaya dalam francais One Piece dengan menjual lebih 7 juta salinan di seluruh dunia.

Kredit: Bandai Namco

Merupakan game action-adventure, siri Pirate Warriors menggabungkan elemen-elemen ikonik daripada siri Dynasty Warriors ke dalam One Piece. Secara am, kita akan mengawal salah satu daripada berpuluh-puluh watak terkenal One Piece dan mengalami semula jalan cerita daripada awal hingga yang terkini (iaitu Wano). Dicampak ke medan perang, pemain perlu menyelesaikan objektif penting sambil menewaskan beribu-ribu musuh.

Setakat ini, sebanyak 52 watak boleh dimainkan dalam game ini; 43 ialah watak yang memang ada sejak pelancaran, manakala 9 watak tambahan boleh didapati melalui DLC.

Kredit: Bandai Namco

One Piece Warriors 4 kini tersedia pada PC, PS4, Switch dan Xbox One dan sempena pengumuman di atas, game ini sedang dijual pada harga diskaun di semua platform utama. Jika berminat, inilah masa terbaik untuk mencuba!


Baca segala berita kami tentang One Piece Pirate Warriors di SINI.

Tags: DLCOne Piece: Pirate Warriors 4
ShareTweetSend
Previous Post

Dune 2 & Aquaman and The Lost Kingdom mungkin ditangguhkan ke Tahun Depan

Next Post

Uniqlo UT Dedahkan Kolaborasi Bersama Siri Anime Popular, Chainsaw Man! [UPDATE]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Uniqlo UT Dedahkan Kolaborasi Bersama Siri Anime Popular, Chainsaw Man! [UPDATE]

Uniqlo UT Dedahkan Kolaborasi Bersama Siri Anime Popular, Chainsaw Man! [UPDATE]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd