Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece mendominasi carta Netflix – kini number 1 di 46 negara termasuk Malaysia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 6, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga, Movie/siri, Netflix
0 0
0
One Piece mendominasi carta Netflix – kini number 1 di 46 negara termasuk Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Menurut data rasmi, adaptasi One Piece live-action sedang mendominasi carta Netflix dan kini menjadi salah satu rancangan TV paling popular buat masa sekarang! Khususnya, siri One Piece telah belayar terus ke Netflix Top 10 English TV List, dan memperoleh sebanyak 18.5 juta tontonan walaupun hanya empat hari ditayangkan.

Kredit: Netflix

Bukan itu sahaja, siri ini juga mencapai senarai Top 10 di 93 negara, dan debut di #1 di 46 negara, termasuk Malaysia serta mempunyai salah satu skor tontonan paling tertinggi dalam sejarah Netflix. Daripada segi pencapaian, ini bermaksud One Piece telah mengatasi Stranger Things dan Wednesday.

Lebih 10,000 orang telah memberi “rating” masing-masing untuk One Piece di Rotten Tomatoes, dan sejujurnya ini lebih banyak daripada majoriti siri Netflix. Setakat ini, rancangan itu memperoleh AUDIENCE SCORE (penilaian daripada penonton awam) sebanyak 96%, manakala para pengkritik memberi penilaian 84% melalui TOMATOMETER.

Kredit: Rotten Tomatoes

Ini merupakan pencapaian yang mengagumkan, memandangkan tidak mudah untuk mengekalkan skor yang tinggi sedangkan jumlah ulasan sudah melebih 10,000. Menurut beberapa komen, One Piece dipuji kerana “kekal autentik kepada bahan sumber original”, sehingga ramai menggelarnya sebagai salah satu adaptasi anime aksi langsung terbaik pernah dibuat, serta salah satu rancangan Netflix terbaik setakat ini.

Sinopsis

Protagonis One Piece, Monkey D. Luffy, memulakan perjalanannya sebagai lanun di East Blue. Semasa kecil, dia makan Devil Fruit (buah ajaib) bernama Gum-Gum Fruit (Gomu Gomu no Mi), yang memberikan kebolehan getah kepada badannya seperti memanjangkan atau membesarkan mana-mana bahagian badan sesuka hati. Diilhamkan oleh Red Hair Shanks, Luffy bertekad untuk menjadi “Pirate King” dan ingin mencari harta karun rahsia One Piece yang disorok oleh lanun legenda Gol D. Roger.

Walau bagaimanapun, One Piece dikatakan tersembunyi di lokasi rahsia di seberang Grand Line yang penuh dengan makhluk dan cabaran berbahaya. Luffy bermula seorang diri, tetapi lama-lama mengumpul rakan-rakan dengan impian sendiri, yang menjadi kawan seumur hidupnya selepas dia membantu mereka.

Dibintangi oleh Inaki Godoy sebagai Monkey D. Luffy, Mackenyu sebagai Roronoa Zoro, Emily Rudd sebagai Nami, Jacob Romero sebagai Usopp, dan Taz Skylar sebagai Sanji, siri live-action One Piece dicipta dengan kerjasama Shueisha dan diterbitkan oleh Tomorrow Studios dan Netflix. Matt Owens dan Steven Maeda ialah penulis, penerbit eksekutif, dan pengarah. Eiichiro Oda, Marty Adelstein, dan Becky Clements juga terlibat sebagai penerbit eksekutif.


Bagi mereka yang berminat, anda boleh menonton One Piece sekang di Netflix! Untuk membaca segala liputan kami tentang One Piece, sila tekan pautan ini.

Tags: Malaysianetflixone piece
ShareTweetSend
Previous Post

Game Alone in The Dark Ditunda ke Januari 2024, Elak Game Oktober Lain!

Next Post

Xbox Game Pass Membawa 3 Game Hebat September Ini! Ada Starfield & Lies of P!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Xbox Game Pass Membawa 3 Game Hebat September Ini! Ada Starfield & Lies of P!

Xbox Game Pass Membawa 3 Game Hebat September Ini! Ada Starfield & Lies of P!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd