Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece: Manga Kini Rasmi Memasuki Elbaf Arc!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 24, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Manga, Spoiler
0 0
0
One Piece: Manga Kini Rasmi Memasuki Elbaf Arc!
Share on FacebookShare on Twitter

One Piece bab 1126 menandakan permulaan Elbaf Arc yang dinantikan selama ini, di mana Straw Hat Pirates akhirnya tiba di tanah para Giant, lokasi yang telah lama diusik dalam cerita. Pasti ramai peminat yang teruja untuk melihat bagaimana arc ini akan berkembang, memandangkan reputasi Elbaf sebagai negara terkuat di dunia yang didiami oleh bangsa gergasi legenda.

Shouldn’t have drank that Green Fairy, Nami! 🍻 🧚

Read One Piece, Ch. 1,127 in Shonen Jump for free! https://t.co/N1amqXL3M0 pic.twitter.com/btPTDzZbr6

— Shonen Jump (@shonenjump) September 22, 2024

Berikut Adalah Spoiler Untuk One Piece Bab 1126 & 1127!!!

Dua hari selepas insiden Egghead, kru Straw Hat masih belum tiba di Elbaf. Ini disebabkan oleh kehilangan kapal Thousand Sunny, Luffy, Zoro, Nami, Usopp, Sanji, dan Chopper, yang meninggalkan semua orang dalam keadaan panik. Di lokasi lain, Nami terjaga dalam bilik yang pelik yang diperbuat daripada blok, kini memakai pakaian baharu.

Kredit: Shueisha

Kisah ini diteruskan dalam bab 1127, di mana lokasi misteri itu didedahkan sebagai Bigstein Castle. Selepas mengalahkan seekor lebah gergasi, Nami dengan terdesak memanggil rakan kru untuk menyelamatkannya kerana tidak tahu di mana dia berada atau bagaimana dia sampai di sana.

Tiba-tiba, dia mendengar suara Usopp dan mula berjalan ke arahnya, tetapi berhadapan dengan landak gergasi yang mula mengejarnya. Nami akhirnya menemui Usopp, tetapi dia juga diserang oleh haiwan besar, iaitu seekor kucing gergasi.

Kredit: Shueisha

Walaupun Nami akhirnya berjaya mengalahkan landak tersebut, namun malangnya, kucing gergasi mula mengejar mereka berdua. Dikejar sehingga jatuh dari tebing, mereka melihat kucing itu telah bertukar menjadi singa.

Kredit: Shueisha

Namun, Luffy, Zoro, dan Sanji tiba-tiba muncul. Ketiga-tiganya memakai pakaian baru yang menyerupai pakaian gergasi Elbaf dan berjaya menumpaskan singa tersebut, yang kembali menjadi kucing selepas pengsan.

Kredit: Shueisha

Namun begitu, nasib Chopper masih tidak diketahui, membuatkan kita dalam keadaan tertanya-tanya tentang apa yang telah berlaku kepada doktor kesayangan semua.

Dengan Luffy dan rakan-rakan kini menghadapi cabaran yang tidak diketahui di tanah yang luas ini, Elbaf Arc bakal menjadi babak penting dalam saga One Piece, penuh dengan pengembaraan, bahaya dan penemuan baharu.

Anda boleh membaca bab terbaharu One Piece di aplikasi atau laman web rasmi Manga Plus.

Tags: one piece
ShareTweetSend
Previous Post

Pra-Pendaftaran Kini Dibuka Untuk Girls’ Frontline 2: Exilium!

Next Post

Harga Rasmi PS5 Pro Ialah RM3,849, Pre-Order Bermula 26 September Di Malaysia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Ulang Tahun Ke-3!
PC

BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Ulang Tahun Ke-3!

June 5, 2026
EA Sports FC 26 – Update ‘World’s Game’ Tambah Kejohanan Piala Dunia, Juga Hadiahkan Pelé 93 OVR!
Berita

EA Sports FC 26 – Update ‘World’s Game’ Tambah Kejohanan Piala Dunia, Juga Hadiahkan Pelé 93 OVR!

June 5, 2026
Next Post
Harga Rasmi PS5 Pro Ialah RM3,849, Pre-Order Bermula 26 September Di Malaysia!

Harga Rasmi PS5 Pro Ialah RM3,849, Pre-Order Bermula 26 September Di Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd