Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece – Dr. Vegapunk dedah Devil Fruit boleh ditiru, Luffy bantai Lucci! [SPOILER]

Alan Fikri by Alan Fikri
December 21, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
One Piece – Dr. Vegapunk dedah Devil Fruit boleh ditiru, Luffy bantai Lucci! [SPOILER]
Share on FacebookShare on Twitter

Memandangkan Luffy mendominasi pertarangannya bersama Lucci, kita dapat melihat bagaimana Luffy mencuba teknik baru terhadapnya dan menyedarkan bahawa kuasa baru Luffy adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang rendah. Tetapi tajuk utama bab terbaru One Piece adalah lebih kepada Devil Fruit kerana Dr. Vegapunk mengatakan dia boleh meniru buah tersebut. Adakah Vegapunk hanya memberi kenyataan palsu untuk mendapat bantuan krew Straw Hat, atau adakah dia benar-benar boleh membuat Devil Fruit tiruan? Spoiler untuk One Piece bab 1070 sudah keluar dan ini adalah maklumat yang anda perlu tahu!

Ringkasan One Piece bab 1069

Bab 1069 bertajuk “All Things Are Brought Into This World With Hope” tetapi lebih memfokuskan pertarungan diantara Gear 5 Luffy dan Awakened Form Lucci. Kizaru juga dalam perjalanan ke Pulau Egghead tanpa memaklumkan kepada Fleet Admiral Sakazuki.

Bab sebelum ini juga telah mendedahkan Devil Fruit Luffy tidak disebut di dalam mana-mana buku lama Devil Fruit. Di akhir bab, kita dapat lihat Lucci yang cedera kerana pertarungannya bersama Luffy telah menyerang Sentomaru untuk mendapat akses memberi arahan kepada Seraphim.

AMARAN! ADA SPOILER MANGA ONE PIECE!!

Spoiler Bab 1070

Pertarungan Luffy vs Lucci bersambung

Sumber: Shonenleaks

“Lucci tidak dapat mengusik Luffy langsung”

Spoiler

Apa yang anda boleh jangkakan daripada Devil Fruit Luffy, dia menunjukkan kepada Lucci betapa hebatnya kebolehan Gear 5-nya. Gambar yang dikeluarkan semasa acara Jump Fest 2023 menunjukkan Luffy menggunakan serangan baru iaitu Gomu Gomu no Dawn Rocket.

Lucci mengawal Seraphim

“Sentomaru tidak mati tapi cedera akibat serangan Lucci terlalu kuat. Lucci mengambil alih mengawal Seraphim”

Spoiler

Sentomaru sempat menahan serangan Lucci tetapi kerana serangan Lucci terlalu kuat, dia tetap menerima kecederaan yang serius. Kini, Lucci berjaya mengambil alih kawalan Seraphim yang pasti akan memberi masalah kepada krew Straw Hat dan Dr. Vegapunk.

Meniru Devil Fruit

“Dr. Vegapunk menjelaskan kesukaran untuk meniru Devil Fruit”

Spoiler

Ini merupakan fokus utama bab kali ini dan mungkin antara salah satu pendedahan terbesar siri One Piece. Vegapunk memberitahu bahawa untuk meniru kebolehan buah itu bukan kerja yang mudah untuk dilakukan.

“Devil Fruit Zoan adalah yang paling senang untuk ditiru kerana ia berasaskan haiwan. Mythological Zoan lebih susah kerana ia memerlukan kos yang lebih dan mengambil masa yang lama”

Spoiler

Seperti yang dijangkakan, Devil Fruit berdasarkan haiwan lebih mudah untuk ditiru kerana haiwan ada di sekeliling kita, contohnya seperti Kaku yang berdasarkan Zirafah. Manakala haiwan yang berdasarkan daripada mitos adalah tidak mudah untuk ditiru, contohnya buah Mythical Zoan Kaido.

“Untuk meniru Devil Fruit Paramecia hanya perlukan “faktor keturunan” pengguna”

Spoiler

Untuk jenis Paramecia, agak sukar untuk menirunya kerana “faktor keturunan” diperlukan. Keturunan mungkin merupakan faktor genetik yang mesti dipindahkan oleh pemilik pertama kepada yang lain dan diteruskan, sebagai contoh, Gura Gura no Mi Whitebeard.

“Logia sangat susah untuk ditiru, Dr. Vegapunk tidak mahu menjelaskan tentangnya”

Spoiler

Ini adalah pendapat saya sendiri, kerana Dr. Vegapunk tidak banyak bercakap mengenainya. Kalau difikirkan balik, jenis Logia sepatutnya menjadi yang paling mudah untuk ditiru tetapi menurut Dr. Vegapunk pula adalah mustahil untuk direplikasi.

Contoh seperti kebolehan Ace yang berasaskan api, dia hanya perlu mengambil api sebagai subjek yang boleh dihasilkan dengan mudah kalau kita mengambil konsep Devil Fruit Zoan. Apakah sebab Dr. Vegapunk tidak mahu menerangkan hal yang sebenar? Mungkin dia pernah buat berkali-kali tetapi gagal.

Berikut adalah spoiler untuk One Piece bab 1070, jadi apa pendapat anda tentang pendedahan Devil Fruit ini? Agaknya Lucci boleh atau tidak kalahkan Luffy? Boleh berikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.

Jika ingin membaca manga One Piece, anda boleh layari laman web MangaPlus dan bab 1070 akan dikeluarkan pada 25 Disember 2022 pukul 11.00 malam.

Untuk banyak lagi liputan tentang One Piece, sila tekan pautan ini.

Tags: animeDr. Vegapunkmangaone piece
Previous Post

Game Kung Fu “SIFU” Bakal Hadir ke Xbox dan Steam 2023 Ini! Mode Arenas Juga Diperkenalkan!

Next Post

SEGA Winter Sale 2022 kini bermula di PS Store! Diskaun hingga 90% untuk game besar!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Ulang Tahun Ke-3!
PC

BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Ulang Tahun Ke-3!

June 5, 2026
EA Sports FC 26 – Update ‘World’s Game’ Tambah Kejohanan Piala Dunia, Juga Hadiahkan Pelé 93 OVR!
Berita

EA Sports FC 26 – Update ‘World’s Game’ Tambah Kejohanan Piala Dunia, Juga Hadiahkan Pelé 93 OVR!

June 5, 2026
Next Post
SEGA Winter Sale 2022 kini bermula di PS Store! Diskaun hingga 90% untuk game besar!

SEGA Winter Sale 2022 kini bermula di PS Store! Diskaun hingga 90% untuk game besar!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd