Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece – Bonney tukar Vegapunk jadi budak, Stussy rupanya klon ahli Rocks Pirate?! [SPOILER]

Alan Fikri by Alan Fikri
January 25, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
One Piece – Bonney tukar Vegapunk jadi budak, Stussy rupanya klon ahli Rocks Pirate?! [SPOILER]

Sumber: Twitter @Greiish

Share on FacebookShare on Twitter

Akhirnya selepas 2 minggu, manga One Piece telah kembali untuk menceritakan sambungan pengembaraan krew Straw Hat di pulau World Goverment, iaitu Pulau Egghead. Dalam bab 1071, kita dapat lihat bahawa pertarungan diantara Zoro dan Kaku telah dimulakan dan Bonney sedang mengejar Dr Vegapunk untuk mengetahui sebab mengapa saintis tersebut menukar bapanya menjadi cyborg.

Dan pada bab kali ini, kita dapat melihat sambungan tentang penjelasan Dr Vegapunk kepada Bonney dan beberapa perkara yang mengejutkan daripada siri ini.

One Piece, Ch. 1,072: As the battle rages on the island, Dr. Vegapunk has some explaining to do! Read it FREE from the official source! https://t.co/bEnjTmEh4p pic.twitter.com/c3mSLmAOuM

— Shonen Jump (@shonenjump) January 22, 2023
Klik di sini untuk baca penuh. AMARAN! ADA SPOILER MANGA ONE PIECE 1072!!!

Bab 1072 dimulakan dengan Jewelry Bonney masih cuba untuk membunuh saintis genius ini. Dia telah mencuba menagkap Vegapunk semenjak dia sedarkan diri dan saintis tersebut telah merayu berkali-kali untuk tidak membunuhnya. Bonney akhirnya berjaya menangkap Vegapunk dan mengubahnya menjadi budak. Namun Vegapunk tetap tidak mahu memberitahu perkara sebenar kerana ia adakah salah satu kehendak bapanya, Bartholomew Kuma.

Walaupun Vagapunk tidak mahu mendedahkan apa-apa Bonney telah menemui bilik yang mencurigakan dengan logo tapak tangan seperti di tangan Kuma. Dia segara membuka pintu bilik tersebut dan mendapati kuasa Kuma seperti yang kita dapat lihat sewaktu Arc Thriller Bark terapung di dalam bilik tersebut.

Bonney dengan sekilas pandang sudah tahu bahawa itu adalah memori ayahnya. Walau bagaiamanapun, Vegapunk tetap berkeras dengan mengatakan bahawa ia adalah kesakitan Kuma yang dikeluarkan dari badannya. Bonney tidak percaya dan berkata bahawa dia sudah tahu tentang semua kebolehan kuasa ayahnya,

Pada masa yang sama, Kuma yang sebenar kini masih berada di Red Line dan dalam usaha untuk pergi ke Marijoa. Sebab kenapa Kuma melakukan sedemikian maih belum didedahkan.

Kembali di Labophase, Satelit Vegapunk dan krew Straw Hat masih merisaukan tentang CP0 dan kini Rob Lucci juga kembali untuk menangkap saintis tersebut. Hanya Zoro dan Brook yang berada di luar untuk menjaga Thousand Sunny.

Selain itu, Seraphim juga telah tiba tetapi ia tidak merisaukan sangat kerana para Satelit Vegapunk mempunyai kedudukan tertinggi untuk menghentikan serangan Seraphim. Untuk melakukan perkara itu, Lilith dan Edison menawarkan diri mereka untuk ke barisan hadapan Dengan arahan Nami, Sanji dan Franky juga telah bergegas untuk membantu Zoro dan Brook.

Adegan berubah di luar Labophase di mana Thousand Sunny berada. Zoro dan Brook kini sedang bersemuka dengan Kaku yang menunjukkan kebolehan Awakened form Devil Fruitnya. Kaku yakin bahawa lanun tersebut tidak akan berjaya melukakannya, namun, Zoro berjaya menghentam zirafah tersebut ke tanah disebabkan pengalaman peperangannya di Wano.

Semasa Kaku sedang berlawan dengan Zoro, Lucci telah mengarahkan Seraphim untuk memusnahkan seluruh makmal sebelum Satelit Vegapunk tiba. Nami menjadi panik kerana merasa Lilith dan Edison tidak akan tiba tepat pada masanya. Cyborg terkuat itu tanpa membuang masa telah memusnahkan makmal tersebut. Kaku kelihatan gembira melihat kemajuan pasukannya kerana ini bermakna misi mereka akan dicapai dengan usaha yang minimum dari pihak mereka.

Walau bagaimanapun, kegembiraan agen World Government itu tidak bertahan lama kerana di hujung bab ini, Kaku telah ditidurkan oleh seseorang. Lucci terkejut apabila melihat Stussy menyerang rakan sepasukannya. Dan kita telah didedahkan dalam bab ini bahawa Stussy adalah klon pertama yang berjaya dicipta oleh MADS dan berdasarkan daripada bekas krew Rocks Pirates, Miss Buckingham Stussy.

Agak terkejut dengan pendedahan pada bab kali ini, nampaknya Oda tidak lagi mahu berahsia kepada peminat. Jadi, rasa-rasanya adakah Lucci boleh hentikan Stussy daripada menghalang CP0 menjalankan misi mereka? Apakah yang akan terjadi pada bab akan datang? Kita kena tunggu dan lihat sendiri pada yang akan datang.

Apa pendapat anda dengan One Piece 1072 ini, adakah Bonney akhirnya akan mengetahui perkara sebenar melalui kuasa ayahnya? Bolehkah Straw Hat keluar daripada Pulau Egghead dengan selamat? Boleh kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.

Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik tentang One Piece, sila tekan pautan ini.

Tags: animemangaone piece
Previous Post

Steam jual game harga RM4 ribu- boleh refund kalau habiskan dalam 2 jam!

Next Post

Black Clover: Asta akhirnya jumpa jalan penyelesaian, Zetten Anti-Magic kini sempurna!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Black Clover: Asta akhirnya jumpa jalan penyelesaian, Zetten Anti-Magic kini sempurna!

Black Clover: Asta akhirnya jumpa jalan penyelesaian, Zetten Anti-Magic kini sempurna!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd