Perang di Onigashima masih berlanjutan, dan akhirnya kita mendapat tahu bahawa Yamato bukan sahaja telah memakan Devil Fruit, malah boleh berubah kepada sejenis haiwan legenda semasa pertarungan dengan ayahnya, Kaido. Harap maklum! Terdapat spoiler untuk One Piece bab #1020 di bawah.
Bab ini meneruskan pertarungan antara Yamato dan Kaido, di mana kita belajar Yamato telah memakan buah Inu Inu no Mi yang bermodel Okuchi-no-Makami. Ini membolehkan Yamato berubah menjadi serigala mitos, yang merupakan penjaga kepada negara Wano. Kaido menjelaskan dia mahu Yamato menjadi shogun untuk “kononnya melindungi negara”, tetapi Yamato menegaskan dia ingin membebaskan Wano dari pemerintahan ayahnya. Pada saat itu, Yamato melancarkan serangan Namuji Glacier Fang, tetapi dibalas balik oleh serangan Blast Breath milik Kaido.
Pada masa yang sama, Robin melihat bayangan ibunya, Profesor Clover, dan Saul, tetapi dipanggil oleh Brook. Robin, bagaimanapun, sedar bahawa ini semua muslihat dan menggunakan Tres Mano Freesia untuk membebaskan diri dari ilusi tersebut. Maria (salah satu ahli Tobiroppo di bawah arahan Kaido) menyalakan seluruh lantai dengan api. Dengan cepat, Robin menggunakan abiliti Spider Net untuk menyelamatkan dirinya dan Brook.
Brook kemudian menggunakan serangan Cold Soul dan Soul Parade Ice Burn untuk memadamkan api di lantai. Walaupun rancangannya gagal, Maria tidak risau, lalu mengejek Robin. Dia menganggap Robin tidak berguna dalam krew Straw Hat dan memberitahu Sanji sengaja mengumpan Robin untuk dijadikan kambing hitam.
Brook (dengan penuh bergaya) bertanya kepada Robin jika dia boleh mengalahkan Black Maria sendir sebelum berangkat untuk berurusan dengan askar-askar lain yang muncul. Robin kata ya, dan menjelaskan kepada Maria bahawa Sanji adalah lelaki yang baik dan bergembira kerana Sanji sanggup bergantung padanya. Robin melancarkan serangan Gigante Fleur ke Maria tetapi adegan sudah pun berpindah ke Tokage Port.
Di sini, kita melihat Luffy bersama Momonosuke, Shinobu dan ahli-ahli Heart Pirates. Momonosuke menjelaskan kepada Luffy yang dia dan Shinobu berjaya melarikan diri setelah Kaido cuba membunuh mereka tetapi mula menangis apabila cuba memberitahu tentang kematian Kin’emon dan Kiku. Namun, Luffy mengatakan kepada Momonosuke bahawa ini bukanlah masa untuk air mata. Sebelum One Piece bab #1020 tamat, Luffy meminta Momo berubah menjadi naga dan bantunya terbang semula ke Onigashima.
Itu sahaja untuk rumusan bab kali ini! Untuk segala liputan kami tentang One Piece, sila tekan pautan ini.
Sumber – Shueisha MangaPlus
@gamersantaimy
Discussion about this post