Bab 1070 dimulakan dengan sambungan daripada bab lepas di mana Rob Lucci telah menyerang Sentomaru. Mengikut Sentomaru, dia telah menghalang serangan tersebut tetapi disebabkan Lucci terlalu kuat, serangan itu berjaya menembusi halangan itu menyebabkan Sentomaru cedera parah.
Lucci bersedia untuk menyerang sekali lagi tetapi berjaya dihalang oleh Luffy. Dia menggunakan serangan terbarunya yang dipanggil Gomu Gomu no Dawn Whip dan mencampaknya ke banggunan berdekatan.
Kita juga dapat lihat para Seraphim S-Hawk,S-Shark, S-Bear dan S-Snake beraksi berlawan dengan ejen-ejen CP0. Kekuatan mereka membuatkan Kaku dan Stussy terkejut kerana mereka masih lagi kecil. Tidak boleh bayangkan kalau mereka membesar, kekuatan mereka mungkin boleh setanding Navy Admiral.
Franky perasan S Shark menggunakan kebolehan Devil Fruit Senor Pink dan bertanya kepada Vegapunk jika pengguna asal buah tersebut telah mati kerana tidak mungkin untuk buah kedua wujud dalam masa yang sama. Walau bagaimanapun, Dr. Vegapunk mengesahkan bahawa Senor Pink masih hidup dan berada di Impel Down.
Saintis genius ini kemudian mendedahkan bahawa dia telah berjaya menduplikasi kebolehan Devil Fruit Senor Pink. Dia juga menjelaskan bahawa hanya Devil Fruit Zoan boleh dicipta semula dan tidak pasti jika artificial Devil Fruit mempunyai kuasa untuk “awakening”.
Dr. Vegapunk menjelaskan lagi bahawa jenis Logia pula masih terlalu sukar untuk dihasilkan semua dan jenis Paramecia tidak boleh direplikasi tetapi kuasa mereka boleh dimasukkan kepada orang lain melalui faktor keturunan pengguna asal. Dr. Vegapunk menggunakan penemuan itu untuk mencipta darah jenis baru yang berwarna hijau, yang memberi kebolehan Devil Fruit kepada Seraphim.
Saintis ini kemudian berbangga dengan ciptaannya dan berkata bahawa Seraphim adalah eselon tertinggi sains dan manusia terkuat. Tidak terkejut kerana melihat rupa visual mereka, Seraphim kelihatan seperti puak Lunarian kerana kulitnya yang gelap dan mempunyai sayap serta api di belakangnya. Ketika itulah krew Straw hat menyedari mengapa World Goverment telah membubarkan sistem Seven Warlord.
Adegan berubah kepada Lucci yang kembali selepas dicampak oleh Luffy. Dia fokus kepada Sentomaru yang sedang baring akibat kecedaraan tetapi di halang oleh Luffy. Luffy kemudiannya sekali lagi menggunakan serangan terbarunya iaitu Gomu Gomu no Dawn Rocket, menumbuk tepat ke badan Lucci membuatkan dia pengsan seketika.
Mereka mengambil kesempatan tersebut untuk larikan diri dan berkumpul semula dengan Vegapunk di Punk Records. Dengan bantuan S-Snake, mereka berjaya kembali ke makmal Vegapunk dan bersedia sedia untuk tinggalkan pulau Egghead.
Di muka surat terakhir bab ini, kita dapat lihat CP0 akhirnya telah mendapat kuasa untuk mengarah Seraphim tetapi terpaksa menunggu arahan seterusnya daripada pihak Navy. Selain itu, Admiral Kizaru yang sebelum ini dalam perjalanan ke pulau Egghead kelihatan sedang bercakap dengan seseorang. Dia mengarahkan untuk menghantar kesemua kapal perang yang ada untuk menghalang Luffy dan krewnya keluar daripada pulau tersebut.
Discussion about this post