Kalau kamu adalah seorang penggemar anime, saya yakin anda tahu tentang Naruto; memandangkan francais ini dikenali oleh satu dunia tidak kira kanak-kanak atau orang tua. Walaupun Naruto diterjemahkan kepada pelbagai jenis bahasa, bahasa aslinya adalah Jepun dan itu yang membuatkan ramai peminat ingin mempelajari bahasa Jepun demi memahami anime dengan lebih jelas. Baru sahaja viral, sebuah video di Youtube mengisahkan perjalanan seorang individu untuk menguasai bahasa Jepun.
Video yang dimaksudkan adalah dari Xiaomanyc, yang terkenal kerana pandai bercakap dalam pelbagai bahasa asing. Dalam video ini, Xiaomanyc mencabar dirinya untuk membuat siaran langsung di mana dia menonton anime Naruto selama 10 jam untuk melihat betapa bagusnya dia memahami bahasa Jepun.
“Hari ini saya memutuskan untuk cuba belajar bertutur dalam bahasa Jepun dengan menonton seluruh musim pertama Naruto dalam masa satu hari, selama 10 jam berterusan, tanpa sari kata bahasa Inggeris. Ideanya ialah; berapa banyak bahasa Jepun yang boleh saya belajar dengan mendalamkan diri sepenuhnya dalam bahasa Jepun tanpa ada bahasa Inggeris sama sekali?
“Saya tahu ada banyak perdebatan tentang; adakah kita boleh belajar bahasa Jepun dengan menonton anime, dan dalam video ini kita akan tahu jawapannya. Ini adalah eksperimen gila yang saya tidak begitu mengharapkan untuk berjaya tetapi rasa hasil keputusannya pasti menarik.” -kata Xiaomanyc kepada peminat.
Pada penghujung video, Xiaomanyc memberitahu bahawa dia tidak mengesyorkan kaedah ini kepada orang yang tidak mempunyai pengetahuan dalam bahasa Jepun. Walaupun tonton tanpa henti selama 10 jam, ia masih tidak cukup kerana bahasa itu terlalu rumit untuk penonton faham.
Walaupun begitu, Xiaomanyc mengaku bahawa dia belajar banyak kosa kata dan tabiat mendengar yang bagus dari eksperimen ini dan hanya mengesyorkan kaedah ini kepada orang yang memahami asas-asas bahasa Jepun. Jika anda berharap dapat bertutur dalam bahasa Jepun dengan hanya menonton anime, nampaknya kita perlu berusaha lebih lagi.
Apakah pendapat anda tentang eksperimen ini? Adakah anda belajar sedikit bahasa Jepun selepas menonton anime? Kongsi pendapat di ruang komen sekarang!
@gamersantaimy
Discussion about this post