Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

OCTOPATH TRAVELER: Champions of the Continent Tersedia Untuk Download Di Android & iOS!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 7, 2023
in Android, Artikel, Berita, iOS, JRPG, Mobile
0 0
0
OCTOPATH TRAVELER: Champions of the Continent Tersedia Untuk Download Di Android & iOS!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, NetEase Games secara rasminya telah melancarkan mobile JRPG OCTOPATH TRAVELER: Champions of the Continent di rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia untuk peranti iOS melalui App Store dan Android melalui Google Play.

Pengumuman ini dibuat menerusi platform Facebook bersama video khas di bawah:

Sinopsis

Satu kisah baharu berlaku dalam dunia Orsterra! Nikmati grafik berkualiti tinggi, pertempuran menarik dan penceritaan serupa dengan OCTOPATH TRAVELER dalam prekuel ini yang dioptimumkan untuk peranti mobile.

Kredit: Square Enix

Beberapa tahun sebelum peristiwa OCTOPATH TRAVELER, Orsterra diperintah oleh orang zalim yang haus akan “kekayaan, kuasa dan kemasyhuran”.

Walaupun keinginan orang-orang zalim itu telah melepaskan kegelapan yang tidak berkesudahan ke atas dunia… ada yang menentang kegelapan.

Anda akan bertemu mereka semasa mengembara ke dunia sebagai “Chosen Ones”.

Apakah yang akan anda perolehi, dan apakah yang akan anda alami melalui perjalanan ini?

Tidak lama lagi cerita itu akan membawa anda kepada zalim di rantau ini.

Gameplay Umum

Kredit: Square Enix
  • Seni Piksel HD-2D – Seni piksel 2D, dipertingkatkan dengan kesan 3D-CG, menghidupkan dunia Orsterra yang menakjubkan dengan persekitaran bergaya indah yang dipenuhi dengan quest sampingan, bos berbahaya dan harta karun.
  • Pertempuran Strategik dan Menyeronokkan – Sistem pertempuran “command style” canggih menggunakan sehingga lapan ahli parti, dengan kawalan “swipe” yang membolehkan arahan pantas.
Kredit: Square Enix
  • Senarai Watak Besar – Dengan lebih 64 watak semasa pelancaran, terokai kombinasi watak yang tidak berkesudahan untuk membina pasukan terunggul. Pilih pasukan yang sesuai untuk pertarungan yang betul dan bertakhtalah sebagai pemenang di medan perang.
  • Pilih Pengembaraan Anda – “Chosen Ones” mesti bangkit menentang kejahatan besar Orsterra. Apakah bahaya yang akan anda hadapi dalam perjalanan? Tidak kira apa jalan cerita yang anda mulakan, anda boleh mengalami semuanya!
Kredit: Square Enix
  • Aksi Cerita Bercabang – Kemungkinan tidak berkesudahan dengan pilihan berbeza untuk interaksi watak. “Inquire” untuk mendapatkan maklumat, “Entreat” untuk item atau “Hire” mereka sebagai ahli parti—cuba setiap pilihan untuk melihat hasilnya.
  • Muzik Epik – Yasunori Nishiki, komposer di sebalik OCTOPATH TRAVELER, kembali untuk ansuran terbaru ini dengan gubahan eksklusif untuk OCTOPATH TRAVELER: Champions of the Continent.

Jika berminat, anda boleh membaca interview lengkap kami bersama produser permainan di SINI untuk maklumat lanjut!

Tags: MobileOctopath Traveler: Champions of the Continent
ShareTweetSend
Previous Post

Interview OCTOPATH TRAVELER: Champions of the Continent – “Buka Jalan Untuk JRPG Mobile Berjaya Di Skala Global”

Next Post

Manga Origin oleh Pencipta Dr. Stone Bakal Dapat Adaptasi Live Action Hollywood!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Manga Origin oleh Pencipta Dr. Stone Bakal Dapat Adaptasi Live Action Hollywood!

Manga Origin oleh Pencipta Dr. Stone Bakal Dapat Adaptasi Live Action Hollywood!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd