Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Obduction dan Offworld Trading Company akan menjadi game percuma di Epic Games Store 15 Julai nanti!

Epic Games Store melepaskan beberapa game puzzle yang menarik pada bulan Julai ini!

Amir Haziq by Amir Haziq
July 9, 2021
in Artikel, Berita, Epic Store, Game Percuma, Genre, PC, Platform, Puzzle
0 0
0
Obduction dan Offworld Trading Company akan menjadi game percuma di Epic Games Store 15 Julai nanti!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, kami ada menyenaraikan beberapa game puzzle menarik yang akan tersedia secara percuma di Epic Games Store pada bulan Julai. Epic Games telah memberikan The Spectrum Retreat secara percuma sehingga 8 Julai dan bermula semalam, anda boleh dapatkan dua lagi game puzzle seperti Bridge Constructor: The Walking Dead serta Ironcast.

Untuk separuh pertama bulan Julai ini, Epic Games Store nampaknya akan melepaskan beberapa game puzzle yang menarik untuk didapatkan pemain. Malah, kita mungkin akan melihat lebih banyak lagi tajuk game puzzle yang bakal tersedia secara percuma sepanjang bulan Julai nanti di platform mereka.

Kini, kita telah mendapat maklumat bahawa Epic Games Store akan melancarkan dua game puzzle strategy, iaitu Obduction dan Offworld Trading Company ke kedai mereka. Kedua-dua game ini akan mula tersedia secara percuma bermula 15 Julai sehingga 22 Julai sempena inisiatif “Discover: Free games” mereka yang telah bermula sejak tahun 2018 lagi.

Obduction

Obduction telah dilancarkan pada tahun 2016 oleh pembangun kepada francais Myst, iaitu Cyan. Game ini membawa pemain ke dunia asing yang ganjil dengan sebahagian daripada bumi telah terpecah merata-rata. Sebagai pemain, anda perlu meneroka kawasan sekitar dalam game bagi mencari klu serta petunjuk untuk menyelesaikan puzzle supaya boleh pulang semula.

Gameplay Obduction sebagai adventure first-person perspective, dimana pemain akan menjelajahi beberapa dunia berbeza dengan suasana makhluk asing. Anda juga perlu menyelesaikan puzzle dan membuat keputusan yang bakal mempengaruhi bagaimana penamat game ini. Obduction mempunyai kawalan navigasi tradisional untuk fpp serta sistem berasaskan nod dan klik, untuk pemain mencari laci tersembunyi atau petunjuk bagi membantu menyelesaikan masalah puzzle.

Offworld Trading Company

Offworld Trading Company merupakan game sci-fi real-time strategy yang berlaku di planet Marikh! Game ini menampilkan perang ekonomi bermula dari pengambilalihan kuasa sehingga ke sabotaj, dan ia meletakkan pemain untuk menguruskan salah satu daripada empat syarikat perdagangan luar dunia. Pemilihan puak pemain datang setelah mereka melihat peta pertama, membolehkannya menyesuaikan pilihan mengikut keadaan semasa. Walaupun mempunyai pilihan, pemain perlu menyediakan HQ untuk mereka dan mula membina pengekstrak sumber di hexes yang berdekatan.

Bridge Constructor: The Walking Dead dan Ironcast kini sudah tersedia di Epic Games Store sehingga 15 Julai nanti. Jadi jangan lupa untuk dapatkan kedua-dua game puzzle menarik ini sekarang! Untuk membaca segala liputan kami mengenai Epic Games, anda boleh tekan sahaja pada pautan ini.

Previous Post

Sekuel anime Baki Hanma akan keluar di Netflix pada hujung tahun ini!

Next Post

Persona 5 mendapatkan Manga bersiri “Persona 5: Mementos Mission”, akan datang Disember 2021!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Persona 5 mendapatkan Manga bersiri “Persona 5: Mementos Mission”, akan datang Disember 2021!

Persona 5 mendapatkan Manga bersiri "Persona 5: Mementos Mission", akan datang Disember 2021!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd