Siri nubia Neo baharu telah didedahkan! nubia Neo 2 5G membawa pengalaman gaming ringan yang menawarkan pengalaman gaming yang lebih baik untuk pemain mobile di seluruh dunia. Peranti baru ini menyediakan keperluan but game kasual mahupun tegar dengan pelbagai ciri menarik untuk memastikan sesi gaming anda menjadi luar biasa.
Hadir dengan Dual Gaming Shoulder Trigger
nubia Neo 2 5G mempunyai Dual Gaming Shoulder Trigger untuk kawalan baik semasa gaming. Diletakkan pada posisi ergonomik, ia membolehkan pemain menggunakannya dengan mudah. Bukan setakat itu sahaja, pengguna boleh menyesuaikan trigger mereka untuk arahan spesifik mengikut kelesaan mereka. Tidak kiralah dalam pelbagai keadaan gaming, Dual Gaming Shoulder Trigger ini membawa pemain alami pengalaman gaming baharu!

Paparan Ultra-smooth dengan Live Island Interactive
Telefon ini juga kemas kini skrin dan paparannya kepada 6.72″ FHD+ screen dan paparan Hole notch dengan resolusi tinggi 2400×1080 dan refresh rate 120 Hz.
Sebagai tambahan, terdapat new Live Island Interactive, di mana anda boleh melakukan multitask dengan mudah. Ia menyediakan pelbagai pemberitahuan, aktiviti masa nyata dan peringatan untuk meningkatkan produktiviti dan pengalaman gaming. Pengguna kini boleh melihat status pengecasan, on-going timer, status rakaman suara dan banyak kali dengan mudah.
Pengalaman Audio Imersif dengan Dual Stereo Speaker DTS: X Ultra
DTS: X Ultra membolehkan bunyi game dan filem keluar daripada speaker tunggal supaya bunyi boleh datang dari kedua-dua belah serta mengelilingi pemain ke semua arah. Sama ada watak atau objek tidka bergerak atau bergerak, kesan bunyinya mengikuti aksi pada skrin dan terpancar dari lokasi yang tepat, menghasilkan pengalaman yang lebih mengasyikkan. Posisi speaker untuk telefon ini juga berbeza dengan model terdahulu. Speaker ini berada di tepi atas telefon, jadi tidaklah ia menjejaskan pengalaman audio anda.

Bateri yang Besar Dengan Pengecasan Pantas
nubia Neo 2 5G juga dilengkapi dengan bateri 6000 mAh dengan pengecasan pantas 33W yang membolehkan gamer untuk bermain dalam sesi yang panjang. Ia juga menyepadukan enjin AI untuk menghentikan aplikasi latar yang tidak digunakan untuk penggunaan kuasa yang minimum.
RAM Lebih besar
Dengan konfigurasi memori dinamik sehingga 20GB (8+12 GB), gmaer boleh alami multitasking yang lancar. Malah lag serta gangguan lain juga boleh diberhentikan apabila bertukar aplikasi.
Perbezaan nubia Neo 2 5G dan nubia Neo 5G

Game Space 2.0
nubia Neo 2 5G memperkenalkan Gaming Sapce 2.0, ruang gaming yang diperbaharu untuk gamer yang akan menawarkan pengalaman yang lebih baik. Tidak kisahlah anda gamer kasual atau tegar, Game Space 2.0 menawarkan penyesuaian yang hebat. Anda juga akan diperkenalkan dengan Game Shorthand yang membenarkan pemain untuk bermain tanpa melihat nota mereka.
Harga dan Ketersediaan

nubia Neo 2 5G akan tersedia untuk pra-tempah pada 23 April sehingga 27 April 2024, dengan hadiah percuma bernilai RM 159 (unit terhad sahaja) dan stok tersedia pada 28 April 2024 dan seterusnya. Ia akan tersedia melalui kedai Shopee rasmi nubia Redmagic dengan spesifikasi dan harga di bawah:
Warna | Spesifikasi | Harga | Hadiah Pra-tempah |
Sunfire Yellow | (8+12GB) + 256GB | RM 999 | ZTE Bluetooth Earphone |
Frost Silver | |||
Storm Gray |
Untuk mendapatkan segala berita mengenai produk ZTE | nubia daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post