Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Nova Esports Ialah Juara MKL Spring Season 2025!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 9, 2025
in Acara, Artikel, Berita, Esports, Kejohanan esports, MOBA, Tempatan
0 0
0
Nova Esports Ialah Juara MKL Spring Season 2025!
Share on FacebookShare on Twitter

Nova Esports muncul juara bagi musim pertama MY Honor of Kings League (MKL) Spring Season 2025 selepas menewaskan Black Shrew Esport (BSE) dalam perlawanan sengit yang berakhir 4-3 menerusi Ultimate Battle.

Final yang mendebarkan ini mempamerkan kehebatan dan strategi mantap kedua-dua pasukan, membuktikan mengapa mereka dianggap antara pasukan terbaik dalam arena esports Malaysia. Namun, segalanya harus ditentukan dalam Ultimate Battle yang menjadi penentu kejuaraan.

Bagi yang kurang arif, Ultimate Battle merupakan format khas bagi menentukan pemenang sekiranya kedudukan terikat 3-3.

Dalam mod ini, semua hero dibuka untuk dipilih secara Blind Pick, pemilihan hero yang sama oleh kedua-dua pasukan dibenarkan (mirror matchup), pemilihan sisi ditentukan melalui lambungan syiling, dan setiap pasukan diberikan tiga minit untuk mengesahkan pilihan hero mereka.

Selepas pertarungan sengit, Nova Esports bukan sahaja berjaya menjulang trofi MKL Spring Season pertama, malah membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak $15,100 serta tiket ke Honor of Kings World Cup (KWC) 2025.

Black Shrew Esport selaku naib juara meraih $12,500 dan turut melayakkan diri ke KWC 2025, manakala All Gamers Global di tempat ketiga menerima $9,200 dan kelayakan ke kejohanan dunia tersebut.

Pemain dari Nova, Xuan, dipilih sebagai MVP Final dengan hadiah $1,000 atas prestasi luar biasa dan ketenangannya membimbing pasukan ke arah kemenangan.

Selain itu, Muci turut menerima anugerah Kings’ Moment Rewards bernilai $250 (bersama $50 kepada setiap rakan sepasukan) atas kejayaan mencatat Penta Kill yang hebat menggunakan hero Lady Sun.

Kemenangan ini menambah satu lagi kejayaan manis buat Nova Esports, selepas kejayaan mereka dalam Invitational S3 di Manila sebelum ini.

Prestasi cemerlang dalam MKL Spring Season 2025 sekali lagi membuktikan mereka sebagai kuasa besar dalam dunia Honor of Kings esports, dan kami tidak sabar untuk melihat aksi mereka di KWC 2025 nanti.

Tahniah diucapkan kepada Nova Esports, Black Shrew Esport, All Gamers Global dan semua pasukan atas persembahan hebat sepanjang musim penuh aksi ini!

Tags: MKL Spring Season 2025Nova Esports
ShareTweetSend
Previous Post

Persona 4 Revival – Remake Moden Kepada RPG yang Dicintai

Next Post

Trailer Baru Untuk The Elder Scrolls Online: Seasons of the Worm Cult Part 1 & Fallout 76: Gone Fission!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Trailer Baru Untuk The Elder Scrolls Online: Seasons of the Worm Cult Part 1 & Fallout 76: Gone Fission!

Trailer Baru Untuk The Elder Scrolls Online: Seasons of the Worm Cult Part 1 & Fallout 76: Gone Fission!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd