Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Nostalgia! Anime Naruto, Bleach & One Piece bersatu semula selepas 11 tahun berpisah

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 7, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Nostalgia! Anime Naruto, Bleach & One Piece bersatu semula selepas 11 tahun berpisah
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat anime dan manga pasti mengenali istilah “Big 3” yang terdiri daripada Naruto, Bleach, dan One Piece. Kini selepas 11 tahun berpisah, akhirnya Naruto, Bleach dan One Piece akan bersatu semula dengan siaran anime serentak pada September 2023 nanti!

Seperti saya kata tadi, ketiga-tiga siri akan menayangkan anime mereka pada bulan September 2023. Anime Naruto ditamatkan pada 2017, tetapi diikuti dengan sekuel Boruto manakala Bleach berehat lama sejak 2012 tetapi animasi Musim Finale baru sahaja ditayangkan tahun lepas. Hanya anime One Piece sahaja yang masih ditayangkan secara konsisten.

Hakikatnya, sudah lama kita tidak melihat ketiga-tiga anime ini bersama.

9月3日(日)より、
【『#NARUTO–#ナルト-』放送20周年記念
完全新作アニメーション】を放送!

"完全新作"でNARUTOが
動きます!喋ります!

どんなお話なのか、放送をお楽しみに‼️

— アニメ BORUTO-ボルト-【公式】 (@NARUTOtoBORUTO) July 2, 2023
Pengumuman anime Naruto

Pada minggu lepas, akaun Twitter rasmi Naruto mengesahkan mereka sedang sibuk menghasilkan anime 4-episod baharu sempena sambutan ulang tahun ke-20 (ini bukan untuk Boruto tetapi Naruto original); tayangan perdana akan berlangsung pada 3 September 2023.

◤ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄◥
 キービジュアル第5弾
     公開
◣__________◢

TVアニメ
『#BLEACH 千年血戦篇-訣別譚-』
7月8日毎週土曜23:00~
テレビ東京系列ほかにて放送開始!

✦放送・配信情報https://t.co/oaP5Sy7M5d

✦PV第3弾https://t.co/RxVypPBtv2#BLEACH_anime pic.twitter.com/cgqvuvCTeA

— 【公式】TVアニメ『BLEACH』 (@BLEACHanimation) July 3, 2023
Pengumuman anime Bleach: TYBW Part 2

Seterusnya, Bleach: Thousand Year Blood War Part 2 sah akan diteruskan pada 8 Julai 2023 dan akan berlangsung sehingga tiga bulan. Akhir sekali adalah One Piece, yang rajin mengeluarkan episod secara mingguan.

Oleh itu, ini menandakan reunion besar Big 3 di mana peminat dapat menonton siri kegemaran mereka. Bayangkan – sudah 11 tahun kita tidak melihat ketiga-tiga anime ini ditayangkan sekali, jadi pasti ramai peminat (termasuk diri saya) yang tidak dapat menahan perasaan nostalgia apabila terkenang era legenda siri Shonen.

Apa itu Big 3?

Bagi mereka yang kurang faham, istilah ini bermula sejak zaman awal 2000-an dan merujuk kepada siri One Piece oleh Eiichiro Oda, siri Naruto oleh Masashi Kishimoto dan siri Bleach oleh Tite Kubo. Semuanya disirikan dalam terbitan yang sama iaitu Weekly Shonen Jump dan ternyata, populariti mereka tidak boleh dipertikaikan kerana masing-masing akan mendominasi carta manga, anime, barangan, konvensyen dan banyak lagi.

Malah, setiap satu dikenali di seluruh dunia dan layak dipanggil antara tiga francais paling besar sepanjang sejarah. Disebabkan itu, susah untuk siri-siri lain mereplikasi kejayaan tiga siri ini. Adakah korang pun teruja dengan comeback ini? Jom kongsikan pendapat di ruang komen!


Baca segala berita kami tentang anime di SINI.

Tags: animebleachnarutoone piece
ShareTweetSend
Previous Post

ONE OK ROCK Luxury Disease Asia Tour Bakal Hadir ke Malaysia 15 Disember Ini!

Next Post

Review Sony WF-C700N – TWS pilihan untuk pembeli berbajet

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Review Sony WF-C700N – TWS pilihan untuk pembeli berbajet

Review Sony WF-C700N - TWS pilihan untuk pembeli berbajet

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd