Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Nioh 3 Diumumkan, Demo Alpha Kini Boleh Dimainkan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 5, 2025
in Action, Artikel, Berita, Demo, PC, PS5, RPG, Steam
0 0
0
Nioh 3 Diumumkan, Demo Alpha Kini Boleh Dimainkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Koei Tecmo dan Team NINJA secara rasmi telah mengumumkan Nioh 3, entri terbaru dalam siri RPG aksi yang digemari ramai.

Game ini akan dilancarkan pada awal tahun 2026 untuk PlayStation 5 dan PC melalui Steam. Namun, para peminat sudah boleh merasai sendiri aksi terbaharu ini menerusi Demo Alpha yang kini tersedia di PlayStation Store sehingga 18 Jun 2025.

Dalam Nioh 3, pemain akan mengikut kisah seorang pahlawan muda yang berazam untuk menjadi Shogun seterusnya, bertarung dengan yokai ganas dalam sebuah dunia yang disumpah. Game kali ini menampilkan persekitaran terbuka yang lebih luas dan dinamik, sambil mengekalkan elemen intensiti yang menjadi identiti siri ini.

Kampung-kampung yang dipenuhi makhluk aneh menanti untuk diteroka, manakala lokasi misteri bernama Crucible menawarkan cabaran berbahaya yang menguji kebolehan dan ketahanan pemain. Setiap pertempuran berdepan yokai bakal menentukan hidup atau mati.

Salah satu ciri baharu utama dalam Nioh 3 ialah sistem dua gaya combat yang boleh ditukar mengikut situasi: Samurai dan Ninja. Gaya Samurai mengekalkan fokus siri ini pada pertempuran jarak dekat yang sengit.

Ia diperhebat dengan mekanik baru seperti Arts Proficiency, yang meningkatkan keupayaan seni bela diri, serta Deflect, teknik yang membolehkan pemain menangkis serangan musuh pada saat genting dan membalas dengan serangan balas yang mematikan.

Sebaliknya, gaya Ninja lebih menekankan kelincahan dan taktik licik — dengan pergerakan pantas, elakan tangkas, serta manuver udara.

Pemain boleh menggunakan teknik Ninjutsu seperti Mist, yang menghasilkan klon untuk mengelirukan musuh, dan Evade, gerakan elak pantas yang membuka ruang untuk serangan dari belakang dengan kelajuan menyambar.

Dengan sistem pertukaran gaya ini, pemain diberi kebebasan untuk menyesuaikan cara bertempur mengikut keperluan situasi dan musuh yang dihadapi.

Aspek multiplayer turut kembali, menampilkan mod online yang menjadi kegemaran ramai dari game terdahulu. Melalui mod Summon Visitor, pemain boleh memanggil bantuan atau membantu pemain lain dalam pertempuran. Sementara itu, mod Expeditions membolehkan penerokaan dunia terbuka secara koperatif bersama rakan-rakan.

Elemen-elemen ini menjadikan Nioh 3 sebagai pengalaman yang sesuai sama ada untuk pemain solo mahupun mereka yang gemar berganding bahu menempuh cabaran.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi.

Tags: Nioh 3
ShareTweetSend
Previous Post

Pandangan Pertama ‘007 First Light’ – Game James Bond Baru Untuk 2026

Next Post

MARVEL Tokon: Fighting Souls – Fighting Game Baharu Oleh Arc System Works

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
MARVEL Tokon: Fighting Souls – Fighting Game Baharu Oleh Arc System Works

MARVEL Tokon: Fighting Souls – Fighting Game Baharu Oleh Arc System Works

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd