Nampaknya Nintendo ingin meluaskan pemasaran game mereka ke khayalak yang lebih ramai kerana syarikat tersebut baru sahaja mengumumkan game seram baharu yang ditujukan untuk pemain dewasa.
Secara lebih khusus lagi, Nintendo telah memuat naik teaser misteri di akaun sosial Amerika dan Jepun untuk game seram first-party sendiri, yang mungkin dipanggil “Emio“. Anda boleh menonton video tersebut di bawah:
Seperti yang anda dapat melihat, trailer-nya sangat pendek, dan berdurasi hanya 15 saat. Dalam trailer ini, kita boleh mendengar muzik seram dimainkan, manakala seorang lelaki berdiri memakai baju kot panjang dan beg kertas di atas kepalanya.
Di atas beg itu, kita boleh melihat senyuman dan mata yang dilukis di hadapan; tetapi di penghujung trailer, mata hitam itu akan terbuka, dan mulutnya ditukar ke senyuman jahat yang rupanya menyorok gigi.
Malangnya, tiada sebarang maklumat yang didedahkan termasuk tajuk rasmi, gameplay, tarikh keluaran dan sebagainya. Malah, halaman deskripsi di YouTube juga mengusik hashtag, “#WhoIsEmio?”. Sebagai konteks, “emio” juga bermaksud “lelaki senyum” dalam bahasa Jepun.
Jika kita pergi ke laman Jepun, ia mengandungi link yang akan membawa kita ke laman web rasmi. Malangnya, maklumat di sana pun masih terhad.
Walaupun Nintendo telah menerbitkan banyak game seram, pengumuman Emio ternyata unik kerana game ini telah menerima rating M (Matured/Matang) daripada ESRB. Mungkin ada yang tidak tahu, tetapi Nintendo mempunyai reputasi untuk menghasilkan game yang mesra keluarga, dan jarang sekali akan mengeluarkan game berbentuk dewasa.
Oleh itu, game ini mencetuskan perbualan hangat tentang rancangan masa depan Nintendo. Adakah mereka kini berminat untuk menghasilkan kandungan bagi demografi dewasa? Walaupun tidak tahu jawapan sebenar, game ini berjaya menarik perhatian seluruh dunia, dan saya tidak sabar untuk tahu apakah rancangan mereka bagi Emio.
@gamersantaimy
Discussion about this post