Capcom telah mengumumkan DLC terbaru untuk permainan Monster Hunter Rise semasa Nintendo Direct. DLC terbaru itu bertajuk Sunbreak dan bakal dilancarkan pada musim panas 2022. Sunbreak merupakan pengembangan utama terbesar untuk permainan itu.
Trailer ringkas itu menunjukkan monster baru yang menakutkan di atas runtuhan batu. Capcom telah menjanjikan kisah baru, tempat baru, monster baru, dan aksi memburu apabila Sunbreak dilepaskan tahun depan.
Monster Hunter Rise adalah permainan Monster Hunter terbaru dan memperkenalkan beberapa mekanik, gameplay dan monster baru. Walaupun ia mempunyai pengalaman bermain Monster Hunter yang lama, kemajuan dan peningkatan kualiti permainan menjadikannya salah satu siri terbaik dalam francais Monster Hunter. Untuk maklumat lebih lanjut untuk DLC terbaru ini, anda boleh lawati laman web rasmi monster hunter.
@gamersantaimy
Discussion about this post