Haa terkejut tak minggu lalu dengan kehadiran musim ke-9 PUBG Mobile terus bermula sehari selepas tamat musim ke-8? Ada yang tidak sempat dapat ‘ACE‘ ke tu? Selalunya musim berubah selepas hampir seminggu musim royale pass (RP) habis, nasib saya sendiri sempat habiskan misi-misi nak dapatkan RP100 tu. Jadi apa pula yang baru untuk musim ini? Mesti kalau pemain PUBG Mobile sendiri dah tahu kan musim ini bertemakan apa?
Jadi dalam kemaskini 0.14.5 yang bermula Jumaat lalu terdapat beberapa pembaharuan tetapi tidak lah segempak musim ke-8 sehingga ada Mod Infection yang terbaru. Yang pertama akan dikongsikan sudah tentu RP musim ke-9 ini yang bertemakan Pahlawan! 3 jenis pakaian yang diberi nama Observer dan Draconian Set ini menarik perhatian untuk didapati untuk RP kali ini, secara percuma untuk didapatkan semua pemain satu, pada awal pembelian pass 600UC satu, bila mendapat RP100 satu atau terus dapatkanya dengan pembelian UC 10,000! Yang paling menarik yang RP100 tu, anda boleh lihat sendiri kat bawah ni;
Okay selain itu, terdapat juga beberapa skin senjata untuk dimiliki seperti skin terbaru M16A, M249 juga skin kenderaan Darcia, kesemuanya bertemakan pahlawan! Jom usha senarai penuh yang boleh didapati dalam RP kali ini;
Apa lagi yang ada didalam musim kali ini? Pemain juga berpeluang memenangi perjalanan ke PMCO 2019 Fall Splits Global Finals sebagai sebahagian dari cabaran Global Treasure Hunt! Selain musim terbaru ini, beberapa UI turut dipertingkatkan seperti halaman rangking, misi-misi terbaru, halaman RP dipertingkatkan (siap ada bonus disebalik pedang) juga emote yang kini boleh dipilih dan disusun dengan mudah, dan pelbagai lagi!
Patch Note selebihnya untuk kemaskini 0.14.5 ini anda boleh lihat disini;
- Global Treasure Hunt juga mempunyai kolam hadiah sehingga USD 1 million yang menanti!
- Menambah pemasa yang menunjukkan ‘countdown’ ke musim baru.
- Naik taraf Royale Pass untuk mendapatkan halaman perkongsian yang disesuaikan.
- Misi dan halaman Kedudukan yang direka semula.
- Peringatan Weekly Mission crate ditambah.
- Kemajuan rantaian pencapaian kini tersedia.
- Lobi sekarang tidak menunjukkan kenderaan tamat tempoh.
- Emotes kini boleh dibongkar.
- Beli UC untuk mendapatkan ganjaran yang besar dan diskaun pada kemahiran senjata api yang jarang berlaku.
Jadi apa pendapat anda dengan kemaskini terbaru ini? Jom kongsikan di halaman komen Facebook kami!
Sumber: PUBG Mobile
@gamersantaimy
Discussion about this post