Selepas meraih sambutan yang sangat positif untuk skin Manny Pacquiao, Mobile Legends nampaknya berminat untuk membuat kolaborasi istimewa dengan seorang lagi atlet antarabangsa, iaitu pemain bola sepak terkenal Neymar – yang dipercayai akan menjadi watak seterusnya.

Secara lebih khusus lagi, YouTube@Hero Pofa telah membocorkan kolaborasi terbaru Mobile Legends di mana Neymar akan menjadi skin eksklusif untuk watak Bruno. Memandangkan Bruno pun pakar di dalam bola sepak, skin Neymar memang sangat sesuai untuk hero itu.
Menurut Hero Pofa, Bruno akan menerima dua skin daripada kolaborasi bersama Neymar ini, iaitu skin Regular dan Ultimate yang menampilkan efek skil dan animasi unik.
Skin Regular akan mempunyai reka bentuk seperti Neymar atau seorang pemain bola sepak secara umum. Dengan kit jersi kuning ala-ala Brazil (negara asal Neymar) dan bola sepak emas, Bruno akan menyarung jersi nombor 10 yang sangat sinonim dengan Neymar.


Selain itu, skin Ultimate akan mempunyai reka bentuk yang lebih futuristik. Bruno akan memakai pakaian robot, yang berwarna biru dan ungu. Bola yang menjadi senjatanya juga mempunyai warna aura ungu di sekeliling bola.

Bagi korang tidak sabar untuk mendapatkan skin Mobile Legends X Neymar, kami juga dapat berita sedih. Menurut komen di bawah video, ada kemungkinan bahawa skin itu hanya akan dijual di wilayah Amerika Selatan dan Amerika Utara sahaja, sama seperti skin Manny Pacquiao yang hanya dijual di rantau SEA.
Menurut mereka, ini antara strategi untuk menarik lagi pemain Amerika untuk bermain Mobile Legends memandangkan Neymar adalah salah satu ikon terbesar di Brazil dan wilayah Amerika Selatan.
Namun, korang semua jangan terlalu bersedih. Jika ramai pemain dari luar rantau Amerika meminta Moontoon untuk mengedarkan skin ini di seluruh dunia, Moonton pasti akan cuba menepati janji. Lagipun, keuntungan Mobile Legends banyak datang daripada Asia Tenggara – jadi mereka tidak akan membazir peluang itu.
Untuk segala liputan kami tentang Mobile Legends termasuk nilai keuntungan sepanjang masa, sila tekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post