Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Netflix Sedang Membikin Siri Live-Action Assassin’s Creed!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 18, 2025
in Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Netflix Sedang Membikin Siri Live-Action Assassin’s Creed!
Share on FacebookShare on Twitter

Netflix akhirnya memberikan lampu hijau kepada siri live-action berdasarkan francais game terkenal Ubisoft, Assassin’s Creed, menandakan satu langkah besar dalam usaha membawa kisah aksi bersejarah yang ikonik ini ke skrin televisyen.

Francais ini, yang telah terjual lebih 230 juta unit sejak dilancarkan pada tahun 2007, dikenali dengan naratif yang memaparkan konflik berpanjangan antara puak Assassins yang memperjuangkan kebebasan dan Templars yang mengejar kuasa mutlak, berlatarbelakangkan dunia sejarah yang separuh autentik.

Netflix has greenlit the live-action Assassin's Creed series! Robert Patino and David Wiener will co-showrun. Learn more here: https://t.co/BVYw5yADD1 pic.twitter.com/Y68JEwjPWr

— Assassin's Creed (@assassinscreed) July 17, 2025

Siri ini digambarkan sebagai sebuah thriller aksi penuh intensiti yang akan menyelami peperangan rahsia antara dua puak tersebut, dengan mengangkat tema-tema seperti identiti, takdir, kepercayaan, kuasa, serta hubungan sesama manusia merentas era dan budaya yang berbeza.

Walaupun jalan cerita masih belum didedahkan secara rasmi, khabar angin menyebut bahawa latar utama kali ini adalah Rom Purba, dan naratifnya akan menampilkan kisah baharu berbanding watak-watak terkenal dari game seperti Altaïr atau Ezio.

Dua nama besar di belakang tabir, iaitu Roberto Patino (Westworld, DMZ), calon Anugerah Emmy, dan David Wiener (Halo, The Killing), bakal mengemudi projek ini sebagai pencipta dan penerbit eksekutif.

Mereka merancang untuk menyatukan elemen aksi yang menjadi identiti utama siri Assassin’s Creed (seperti parkour, stealth, dan pertempuran sengit) dengan tema-tema kemanusiaan.

“Siri ini menggambarkan apa yang akan kita hilang sebagai sebuah spesies apabila hubungan antara sesama manusia terputus,” ujar mereka dalam kenyataan bersama, sambil menekankan hasrat untuk mencipta naratif yang mampu memikat hati peminat setia mahupun penonton baharu.

Setakat ini, tiada maklumat rasmi mengenai barisan pelakon diumumkan, namun produksi dijangka akan bermula tidak lama lagi.

Ini bukan cubaan pertama untuk membawa Assassin’s Creed ke dalam bentuk live-action. Filem tahun 2016 lakonan Michael Fassbender, yang berlatarbelakangkan Sepanyol abad ke-15, berjaya mengutip $240 juta di seluruh dunia tetapi dikritik kerana penceritaannya yang tidak setanding dengan versi game.

Walaupun begitu, Netflix telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam adaptasi permainan vudei sebelum ini, antaranya The Witcher, Castlevania, dan Arcane.

Siri Assassin’s Creed ini mula diumumkan pada tahun 2020 sebagai sebahagian daripada kerjasama strategik antara Netflix dan Ubisoft, yang turut merangkumi rancangan untuk siri animasi dan anime. Namun, projek live-action inilah yang kini menjadi fokus utama dan paling dinanti-nantikan.

Tags: Assassin’s Creednetflix
ShareTweetSend
Previous Post

Mortal Kombat II Keluarkan Trailer Pertama, Akan Datang Ke Malaysia Pada 23 Oktober!

Next Post

Hatsune Miku Expo 2025 Malaysia: Info Tiket, Harga Bermula Dari RM288!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Hatsune Miku Expo 2025 Malaysia: Info Tiket, Harga Bermula Dari RM288!

Hatsune Miku Expo 2025 Malaysia: Info Tiket, Harga Bermula Dari RM288!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd