Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Netflix J Wave: Pengalaman kami di Jepun dari awal hingga akhir!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 28, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Eksklusif, Filem, Industri, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Netflix J Wave: Pengalaman kami di Jepun dari awal hingga akhir!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada awal bulan November lalu, kami menerima jemputan untuk menghadiri acara ‘Netflix J Wave’ di Tokyo, Jepun di mana kami berpeluang untuk bertemu ramai tokoh-tokoh terkenal dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti unik selama tempoh 3 hari.

Melalui artikel ini, kami ingin berkongsi pengalaman di acara Netflix J Wave termasuk menghadiri sesi temu bual dan lawatan khas berkaitan Alice in Borderland Season 2 yang kini sudah ditayangkan!

Berikut adalah pengalaman kami:

Hari Pertama: Berjuma dengan pencipta Gudetama

Untuk hari pertama, kami mempunyai lawatan ke pejabat Sanrio, yang merupakan pencipta di sebalik francais-francais popular seperti Hello Kitty, Cinnamoroll, Aggretsuko dan Gudetama. Tiba sahaja di lokasi, kami melawat ibu pejabat yang memberi suasana comel – sama seperti watak dan maskot yang mereka cipta.

Majoriti pejabat dipenuhi oleh barang-barangan Hello Kitty, yang boleh dikatakan maskot paling terkenal oleh Sanrio. Pandang kiri, ada Hello Kity, pandang kanan, ada Hello Kitty. Nasib baik lah ada “tour guide”, kalau tak selama-lamanya saya sesat di ofis mereka.

Tiba sahaja di bilik seterusnya, Netflix dan Sanrio mengatur pembentangan bersama pencipta Gudetama, iaitu AMY, yang turut membantu dalam siri aksi langsung Gudetama: An Eggcellent Adventure. Selain menjawab pertanyaan kami, AMY juga menunjukkan demonstrasi langsung untuk “cara-cara melukis Gudetama”, sebelum mempersembahkan karya seni yang ditandatangani khas untuk rakan media kami (GamerBraves).

Keadaan menjadi lebih meriah apabila Netflix membawa masuk Gudetama dan Aggretsuko untuk sesi ambil gambar beramai-ramai.

Selepas menikmati masa bersama AMY dan maskot Gudetama dan Aggretsuko, kami akhirnya pergi ke Akihabara untuk mengambil bahagian dalam tayangan khas JoJo’s Bizarre Adventure: Stone Ocean. Alang-alang, anda juga boleh menonton video temu bual eksklusif kami bersama Fairouz Ai selaku pelakon suara Jolyne Cujoh di bawah.

Hari kedua – Lawatan ke ibu pejabat Netflix Japan

Di hari kedua, kami mendapat peluang istimewa untuk melawat ibu pejabat Netflix di Jepun. Ini adalah pejabat yang dihiasi sepenuhnya dengan memorabilia daripada pelbagai rancangan Netflix, antaranya Tiger dan Bunny dan Jojo Bizarre’s Adventure.

Apa yang paling menarik perhatian tentang pejabat Netflix ialah bilik mesyuarat di mana dinding mempunyai mural besar-besaran berdasarkan siri Stranger Things dan Baki The Grappler.

Selepas meneroka pejabat besar Netflix Japan dan mengambil beberapa foto wajib dengan robot Red Light Green Light daripada Squid Game, kami dibawa ke ruang makan untuk berehat dengan Content Executive dari Netflix Jepun, yang juga menjawab beberapa soalan kami tentang proses pembikinan drama dan anime yang menarik. Makiko Okano selaku wakil cawangan “Live Action dan Creative Series” berkata bahawa salah satu kekuatan Netflix Jepun ialah ia tidak menggunakan banyak struktur korporat tradisional, dan itu sebabnya ia boleh berkembang.

Selepas makan tengah hari, kami pergi ke destinasi seterusnya iaitu kota Shibuya di mana ‘tour guide’ membawa kita semua ke beberapa “hotspot” yang muncul dalam siri Alice In Borderland, termasuk lokasi Shibuya Scramble yang ikonik.

Sebagai peminat anime, melihat Shibuya dengan mata sendiri umpama mimpi menjadi realiti kerana lokasi ini dipaparkan dalam pelbagai siri dan game, termasuk Persona 5 dan The World Ends With You.

Sorotan lawatan ini adalah ketika Netflix membawa kami ke Shibuya SKY, sebuah dek pemerhatian yang terletak di atas bumbung pencakar langit Shibuya Scramble Square. Dengan pemandangan yang luas, kita dapat melihat keindahan metropolis sebelum menamatkan hari kedua.

Hari ketiga – Sekilas Alice di Borderland Season 2

Rancangan kami pada hari ke-3 lebih santai di mana semua dapat bertemu Kento Yamazaki, yang melakonkan watak utama Ryohei Arisu dalam Alice In Borderland. Arisu digambarkan sebagai watak yang serabut dan kusut, tetapi penampilannya sangat kontras dengan Kento yang kelihatan cool dan bergaya. Sempena itu, dia menceritakan tentang pengalamannya dalam produksi siri itu dan meluahkan rasa bersyukur kerana dapat menjadi sebahagian daripada projek sebesar Alice In Borderland.

Sebagai peringatan, Alice in Borderland 2 kini boleh ditonton secara langsung di Netflix.


Untuk segala liputan kami tentang Netflix termasuk siri, filem dan animasi baru, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Alice in BorderlandGudetamaJepunnetflixsiri
Previous Post

Sword Art Online Full Dive Mendapat Tayangan Umum! Bakal Ditayangkan Pada April 2023!

Next Post

Fairy Tail – Adakah Natsu & Lucy akhirnya akan bersama?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Blue Archive Akan Tiba Di Steam Pada 24 Jun – Membawa Keseronokan RPG Gacha Ke PC!
Berita

Blue Archive Akan Tiba Di Steam Pada 24 Jun – Membawa Keseronokan RPG Gacha Ke PC!

June 18, 2025
Final Fantasy Tactics Remaster Tidak Termasuk Content “War of the Lions,” Beberapa Watak & Kelas Ikonik Terpaksa Ditinggalkan!
Berita

Final Fantasy Tactics Remaster Tidak Termasuk Content “War of the Lions,” Beberapa Watak & Kelas Ikonik Terpaksa Ditinggalkan!

June 18, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Next Post
Fairy Tail – Adakah Natsu & Lucy akhirnya akan bersama?

Fairy Tail - Adakah Natsu & Lucy akhirnya akan bersama?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd