Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Netflix dedahkan anime seram ‘Exception’, seni watak oleh Yoshitaka Amano

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 9, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Netflix
0 0
0
Netflix dedahkan anime seram ‘Exception’, seni watak oleh Yoshitaka Amano
Share on FacebookShare on Twitter

Netflix akhirnya telah mendedahkan visual pertama untuk Exception, siri anime sci-fi seram baru yang menampilkan seni watak oleh artis Final Fantasy, Yoshitaka Amano.

here's your first look at Exception, a new sci-fi anime following a team of survivors trying to save humanity from extinction#geekedweek pic.twitter.com/02ck7uFBMP

— Netflix Anime (@NetflixAnime) June 8, 2022

Sebagai sebahagian daripada acara “Geeked Week”, Netflix menunjukkan beberapa imej daripada anime Exception, yang dibuat berdasarkan cerita oleh penulis dan pengarah Otsuichi (beliau terkenal kerana menulis lakon layar untuk Ultraman Geed, dan manga The Chronicle of The Clueless Age).

Apa yang membuatkan anime ini sangat istimewa adalah ia menampilkan seni watak oleh Yoshitaka Amano, seorang pelukis hebat yang terkenal dengan karyanya untuk siri permainan video Final Fantasy oleh Square Enix. Korang boleh lihat bagaimana anime baru ini mengadaptasikan gaya seni ikonik Amano dalam bentuk animasi melalui gambar di bawah:

Sinopsis:

Anime seram ini berlatarkan masa depan yang jauh, di mana manusia terpaksa meninggalkan Bumi dan mencari rumah baru di galaksi lain. Exception mengisahkan sekumpulan penjelajah yang dihantar ke planet yang baru ditemui untuk memulakan proses pembentukan bumi.

Apabila kapal mereka tiba di planet baru, ahli-ahli pasukan telah “dibina semula” menggunakan pencetak 3D yang mampu mereplikasi bahan biologi. Namun, keadaan mula menjadi huru-hara untuk pasukan.

Tatsunoko Productions, studio animasi legenda yang menghasilkan anime seperti Super Dimension Fortress Macross dan Casshan, disenaraikan sebagai penerbit untuk projek itu. Bakken Record, yang sebelum ini bekerja di Jouran: The Princess of Snow dan studio 5 Inc., yang turut mengusahakan satu lagi projek anime sci-fi Netflix, Make My Day, juga disenaraikan sebagai studio yang mencipta animasi untuk anime baru itu.

Netflix masih belum lagi mendedahkan tarikh keluaran untuk siri Exception, tetapi ia disahkan akan keluar pada tahun ini.

Untuk segala liputan kami tentang anime, sila tekan pautan ini.

Tags: exceptionnetflixYoshitaka Amano
Previous Post

Tarikh pelepasan God of War Ragnarok dilaporkan tunda sehingga hujung Disember!

Next Post

Call of Duty: Modern Warfare II akan dilancarkan pada 28 Oktober 2022! Pre-order sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Call of Duty: Modern Warfare II akan dilancarkan pada 28 Oktober 2022! Pre-order sekarang!

Call of Duty: Modern Warfare II akan dilancarkan pada 28 Oktober 2022! Pre-order sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd