Hari ini, Netflix bersama WIT Studio akhirnya melancarkan trailer teaser bagi siri The One Piece. Projek ini merupakan remake yang amat dinanti-nantikan berdasarkan manga ikonik karya Eiichiro Oda.
Sejak mula diumumkan pada tahun 2024, perkembangan projek ini memang jarang sekali. Namun, kemunculan teaser terbaharu ini mengubah segalanya. Ia mendedahkan reka bentuk watak yang sangat terperinci bagi kumpulan “East Blue Five” yang asal, iaitu Monkey D. Luffy, Roronoa Zoro, Nami, Usopp, dan Sanji.
Selain itu, peminat turut diberikan pandangan pertama bagi Red-Haired Shanks, individu penting yang telah memberi inspirasi kepada Luffy untuk memulakan misi menjadi King of the Pirates.

Lakaran watak yang dikongsikan menunjukkan ekspresi dan gaya seni yang sangat setia kepada karya asal dalam manga, tetapi dengan sentuhan moden yang lebih kemas. Bukan itu sahaja, pengumuman ini turut menyertakan seni konsep yang menggambarkan suasana awal pengembaraan mereka.
Antara lokasi ikonik yang ditunjukkan adalah restoran laut Baratie, Syrup Village, serta Shells Town.

Malangnya, tarikh rasmi bila ia akan ditayangkan masih lagi menjadi rahsia. Bagaimanapun, langkah Netflix memulakan kempen promosi memberi isyarat bahawa proses pembikinan anime tersebut sedang berjalan dengan lancar di balik tabir.

Mengikut kata-kata internet, kemungkinan besar The One Piece tidak akan dikeluarkan pada tahun ini. Memandangkan projek ini sudah berada dalam fasa pembangunan selama kira-kira tiga tahun, tahun 2027 dilihat sebagai jangkaan tarikh tayangan yang paling munasabah untuk peminat kembali belayar bersama kru Topi Jerami.









Discussion about this post