NetEase Games hari ini mengumumkan empat tajuk game epik untuk dipersembahkan di E3 2021. Acara pameran tahun ini pastinya agak mencabar bagi semua industri permainan video, tetapi ianya adalah permulaan yang diharapkan NetEase untuk berjaya. NetEase telah mengumumkan empat tajuk seperti Racing Master, Total War Battles: Warhammer, The Lord of the Ring: Rise to War dan Naraka: Bladepoint adalah antara game yang meletakkan NetEase sebagai penyedia utama permainan PC dan mobile yang dibangunkan sendiri oleh mereka.
Setiap game baru yang akan dipersembahkan di acara E3 2021 membawa keunikannya yang tersendiri, seperti perlumbaan yang sengit dalam Racing Master dan perlumbaan asli dengan ketepatan kejuruteraan kenderaannya. Total War Battles: Warhammer turut memberikan keunikan dalam memberi pemain cabaran gameplay taktikal perang yang sangat menarik untuk dimainkan.
Naraka: Bladepoint
Game ini membawa sesuatu yang baru untuk genre Battle Royale dengan menggabungkan kelajuan, ketangkasan dan pertempuran jarak dekat. Pemain juga boleh bergerak dari satu tempat, ke tempat yang lain menggunakan grappling hook untuk melintasi pokok, bangunan, kuil dan struktur yang ada di dalam persekitaran in-game.
Naraka: Bladepoint turut ditambah dengan aksi parkour, yang memberikan pemain pergerakan bebas dan menawarkan pelbagai strategi serta taktikal dalam setiap pertempuran. Game ini telah dibangunkan oleh 24 Entertainment dan diterbitkan oleh NetEase Montreal.
Lord of the Ring: Rise to War
Lord of the Ring: Rise to War merupakan game mobile strategy berdasarkan trilogi ikonik dari dari buku yang ditulis oleh J.R.R Tolkien. Game ini mencipta semula dunia fiksyen dengan persembahan yang menakjubkan dan sama seperti dalam filem asal.
Game ini mengisahkan tentang War of the Ring baru telah berada di dunia, dan nasib Middle-earth kini berada di tangan pemain. Kuasa gelap yang tidak dapat dijatuhkan telah bangkit dan menyebarkan kegelapan di setiap tempat Middle- earth. Dari lokasi Minas Tirith, sehinggalah ke Mount Doom, semuanya dipersembahkan dengan perebutan kuasa One Ring untuk mengambil alih kekuasaan Middle-earth.
Total War Battles: Warhammer
Game ini disetkan dalam dunia Warhammer Fantasy Battles, yang diilhamkan oleh siri Total War dari Creative Assembly. Total War Battles: Warhammer merupakan game strategi yang epik dipenuhi sihir, raksasa, kekacauan dan pertempuran berskala besar.
Jalan cerita game ini mengisahkan tentang sebuah pulau misteri yang telah muncul dari dalam laut yang kaya dengan Warpstone. Pemain perlu menghalang Skaven dari mengambil bijih ajaib yang berbahaya ini, jadi dunia Warhammer telah menghantar komandan terbaik serta pahlawan terkuat untuk mendapatkan pulau tersebut.
Racing Master
Racing Master telah dibangunkan dari enjin Unreal 4 dan teknologi EGO milik Codemasters. Pemain akan mempunyai akses untuk mencuba memandu lebih dari 60 kereta hiper-realistik dari pelbagai jenama, seperti Ferrari, Lamborghini, Porsche, Koenigsegg, dan Aston Martin. Anda boleh berlumba bersama pemain lain di bandar-bandar terkenal dari seluruh dunia untuk menjadi pelumba juara.
Dengan konsep automatif, Racing Master memberikan pemain pengalaman berlumba, menyesuaikan serta membina koleksi kereta ultimate mereka. Anda juga boleh menyesuaikan kenderaan menggunakan bahagian dari dunia nyata serta dari pengeluar terkemuka untuk mengatur pengendalian kasual ataupun kawalan maksimum. Racing Master pastinya sebuah pengalaman perlumbaan yang dioptimumkan sepenuhnya untuk platform mobile.
@gamersantaimy
Discussion about this post