Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

‘Need For Speed Mobile’ Rasmi Lancar Di China, Versi Global Mungkin Hujung 2024!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 12, 2024
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Sukan/lumba
0 0
0
‘Need For Speed Mobile’ Rasmi Lancar Di China, Versi Global Mungkin Hujung 2024!
Share on FacebookShare on Twitter

Dibangunkan oleh Timi Studio di bawah Tencent dengan kerjasama EA, game mobile open-world racing Need for Speed ​​Mobile kini dilancarkan di negara China untuk peranti iOS dan Android. Berita baiknya; pelancaran global dijangka akan berlaku pada hujung tahun ini.

Berikut adalah pernyataan rasmi untuk pelancaran awal Need for Speed ​​Mobile:

Welcome to a new member of the Need for Speed family! We are delighted to announce that the Need for Speed Mobile is officially launching today in China. Stay tuned to @NeedforSpeed for news and updates as we gear up for more 🏁#NeedForSpeed #NeedForSpeedMobile #NFSmobile… pic.twitter.com/JMTmWrkdkt

— Electronic Arts (@EA) July 11, 2024

Need for Speed: Mobile, juga dikenali sebagai “Need for Speed: Assemble ” di China, merupakan game free-to-play open-world racing yang dibuat menggunakan Unreal Engine 4.

Berlangsung di Heat Bay, bandar futuristik dengan rekaan ala cyberpunk rekaan – dunia game dibuat berdasarkan Palm City yang tampil dalam Need for Speed: Heat. Menurut info, Need for Speed ​​Mobile menampilkan lebih 150 kereta mewah daripada 30 jenama kereta pada hari pelancaran di mana banyak lagi akan ditambah pada masa hadapan.

Kredit: Timi Studio

Bukan itu sahaja, penampilan watak kita juga boleh diubah suai di mana baru-baru ini game ini menampilkan kolaborasi bersama jenama fesyen terkenal Balenciaga.

Daripada segi gameplay, pemain boleh “freeroam” melalui daerah-daerah di dalam Heat Bay, untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti. Antara yang disahkan termasuk perlumbaan player vs. player secara real-time, misi penghantaran pakej dan cabaran melarikan diri daripada polis. Untuk elemen multiplayer dan open-world tambahan, pemain juga boleh keluar dari kenderaan di lokasi tertentu dan berinteraksi dengan pemain lain semasa berjalan kaki.

Kredit: Timi Studio

Jika anda peminat kepada francais atau dahulu kerap bermain Need For Speed ​​Most Wanted dan Need For Speed ​​Underground, maka anda pasti akan suka Need For Speed ​​Mobile.

Seperti saya kata tadi, game ini dijangka akan keluar pada hujung tahun 2024, untuk kedua-dua Android dan iOS. Jika halaman iOS terbukti betul, game ini akan dikeluarkan pada 12 September 2024.

Kredit: Timi Studio
Tags: Need for Speed Mobile
ShareTweetSend
Previous Post

‘Rent-A-Girlfriend: The Horizon and the Girl in the Swimsuit’ Diumumkan – Game Konsol Pertama Francais!

Next Post

HoYo FEST 2024 Umum Acara Online, Tapi Peminat Mengadu Ganjaran Tidak Berbaloi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
HoYo FEST 2024 Umum Acara Online, Tapi Peminat Mengadu Ganjaran Tidak Berbaloi!

HoYo FEST 2024 Umum Acara Online, Tapi Peminat Mengadu Ganjaran Tidak Berbaloi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd