Naughty Dog mengumumkan pada 15 Januari bahawa mereka sedang mencari beberapa indivdu berbakat untuk mengisi sejumlah jawatan besar di studio. Jawatan ini dibahagikan ke bahagian produksi, seni, animasi, dan IT yang menunjukkan mereka memerlukan bantuan di banyak kawasan. Projek apakah yang mereka akan usahakan? Nampaknya jawatan kosong ini berkaitan dengan permainan seterusnya yang dilaporkan sedang dalam pembikinan.
Presiden Bersama Naughty Dog, Neil Druckmann, berkongsi senarai kerja ini di akaun Twitter-nya baru-baru ini dan meminta mereka yang berminat untuk menghubungi studio.
Come work with us! We're making something very cool!🤐 https://t.co/ZGU6W3cAKU
— Dr. Uckmann (@Neil_Druckmann) January 14, 2021
“We’re making something very cool!” –Druckmann berkata tanpa mendedahkan apa-apa maklumat. Dia mengakhiri tweet ini dengan emoji comel yang jelas menunjukkan bahawa dia ingin merahsiakan projek ini untuk sementara waktu.
Saya masih tidak tahu apa yang Naughty Dog sedang merancang tetapi ramai di internet percaya bahawa ia berkait dengan fitur “multiplayer“. The Last of Us Part II sepatutnya mempunyai mod multiplayer seperti dalam permainan pertama, tetapi rancangan ini dibatalkan setelah studio memberitahu bahawa visi mereka untuk projek itu berkembang. Kemungkinan besar, permainan ini akan dikeluarkan di PlayStation 5 tetapi sehingga saya menerima info lanjut, anda boleh membaca semua liputan kesemua liputan lama kami tentang The Last of Us di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post