Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Naruto Kage, MMORPG Open World 3D Baharu, Kini Dilancarkan Di Google Play Store!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 8, 2025
in Action, Android, Anime, Artikel, Berita, Mobile, Open World, RPG
0 0
0
Naruto Kage, MMORPG Open World 3D Baharu, Kini Dilancarkan Di Google Play Store!
Share on FacebookShare on Twitter

Gamer-gamer Malaysia kini boleh memulakan pengembaraan baharu dengan pelancaran Naruto Kage, sebuah MMORPG aksi 3D baharu, di peranti mobile.

Dibangunkan oleh NAR Game, game ini dipromosikan sebagai produk berlesen rasmi yang menjemput para pemain untuk menerokai dunia siri Naruto kegemaran ramai ciptaan Masashi Kishimoto.

Namun begitu, penting untuk dinyatakan bahawa walaupun game ini mendakwa ia adalah rasmi, status ini belum disahkan secara bebas oleh pemegang IP utama francais tersebut sewaktu artikel ini diterbitkan.

Game ini, yang dakwa sebelum ini dikenali sebagai Naruto: Slugfest X, telah dijenamakan semula dan dilancarkan secara eksklusif di platform Android. Pelancaran ini menyusul selepas soft launch di beberapa rantau Asia terpilih, termasuk Malaysia, yang bermula pada bulan Ogos untuk tujuan ujian dan pengumpulan maklum balas komuniti.

Menurut pembangunnya, Naruto Kage dibina atas dasar kesetiaan kepada bahan sumber asal. Jalan cerita utama game ini mengikuti plot anime dengan teliti, membolehkan pemain mengimbau kembali detik-detik penting dari zaman akademi Naruto, Ujian Chunin, kemunculan Akatsuki, sehingga Perang Dunia Shinobi Keeempat.

Visual dipersembahkan dalam open world 3D gaya anime. Pemain boleh meneroka lokasi-lokasi ikonik yang dibina semula daripada siri ini secara bebas, termasuk jalan-jalan sibuk di Kampung Konoha dan Valley of the End.

Game ini menampilkan barisan berpuluh-puluh (mungkin ratus) ninja yang boleh dikumpul daripada siri ini, termasuk Naruto, Sasuke, Kakashi, dan Itachi, masing-masing dengan abiliti unik dan teknik khas mereka seperti Rasengan dan Chidori.

Selain daripada Story Mode, Naruto Kage turut menekankan elemen multiplayer. Pemain boleh menubuhkan atau menyertai klan untuk bekerjasama, membina perikatan, dan bersaing untuk penguasaan.

Pembangunnya juga menjanjikan mod PvP yang adil, dengan arena berperingkat dan ‘guild wars’ yang direka untuk mengutamakan kemahiran pemain.

Naruto Kage kini tersedia untuk dimuat turun oleh pengguna Android melalui Google Play Store.

Tags: Naruto Kage
ShareTweetSend
Previous Post

eFootball Akan Menjadi Antara Tarikan Utama Di “gamescom asia x Thailand Game Show 2025”

Next Post

Football Manager 26 Touch Akan Datang ke Apple Arcade November Ini

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Football Manager 26 Touch Akan Datang ke Apple Arcade November Ini

Football Manager 26 Touch Akan Datang ke Apple Arcade November Ini

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd