Bab terbaharu My Hero Academia telah dikeluarkan secara rasmi beberapa hari lepas dan nampaknya banyak perkara menarik yang berlaku. Dalam bab sebelum, pelajar Shiketsu High telah menyertai pertempuran untuk melawan All For One dan untuk bab minggu ini, ternyata masing-masing pun tidak cukup untuk menghentikan antagonis hebat itu. Cuma siapa sangka bahawa Tokoyami akan menjadi “senjata rahsia” dalam pertarungan ini.
Inilah rumusan untuk My Hero Academia bab 381!
AMARAN! SPOILER UNTUK MY HERO ACADEMIA DI BAWAH!!
Shiketsu High sertai pertarungan
Akhirnya, pelajar Shiketsu High menyertai pertempuran di Gunga di mana Shishikura Seiji (Shishikross) menceritakan bagaimana All For One membunuh bapanya apabila melarikan diri dari Tartarus. Walaupun ingin membalas dendam, Seiji tahu mereka tidak boleh menyerah diri kepada kebencian dan sebaliknya, akan mengikut jejak langkah ayahnya untuk melindungi semua orang.
Disebabkan Deku dan Shigaraki Tomura telah meninggalkan medan pertempuran buatan U.A, jadi kumpulan hero kini mesti menghentikan segala huru-hara yang berlaku, dengan mengalahkan Himiko dan askar-askar Twice buatannya, serta memfokuskan semua serangan jarak jauh pada All For One.
Pada masa yang sama, Naomasa Tsukauchi menelefon Hawk untuk mengingatkan dia bahawa apa sahaja yang berlaku di Gunga akan menentukan nasib perang, jadi All For One tidak boleh dibenarkan pergi walau apa cara sekalipun.
All For One’s mula menjadi serius
All For One berfikir bagaimana dia hendak mencuri quirk memandangkan dia perlu menyentuh badan individu itu secara langsung. Sebelum ini, warga hero terpaksa menyerang AFO secara bergilir-gilir untuk mengelakkan risiko tetapi kini mereka menjadi terdesak dan sanggup mengabaikan risiko itu. AFO senyum ketawa ketika memikirkan rancangannya.
All For One melancarkan letupan laser besar untuk memusnahkan medan perang di bawah. Walaupun begitu, para hero tetap berdiri teguh dengan memastikan pertahanan mereka kuat sambil terus menyerang. Yoarashi Inasa (Gale Force) terus menyerang dengan kuasa Whirlwind, dan berkata yang dia akan sentiasa menyokong Endeavor dan Shoto, kerana percaya yang “semangat membara akan sentiasa mengatasi ketakutan.”
Ketika semua orang menyerang, All For One masih memikirkan cara untuk mencuri quirk, lalu melepaskan kuasa duri yang berjaya menghiris sebahagian daripada muka Inasa. Walaupun begitu, Inasa tidak rasa takut dan mengaku yang quirk-nya lebih kuat pada hari berangin.
Tokoyami jadi senjata rahsia
Tiba-tiba, sebuah “bayang gelap besar” muncul dari belakang AFO. Rupa-rupanya, Tokoyami muncul untuk membuat serangan hendap. Tokoyami kata; “walaupun kegelapan datang dalam pelbagai bayang, tetapi mereka sudah menelan kegelapan kotor yang dibawa oleh AFO”, lalu mendedahkan Dark Shadow yang kini sebesar raksasa gergasi.
Dengan bantuan awan gelap yang menghalang cahaya matahari, api yang dipadam oleh ribut hujan, dan Pixie-Bob yang bantu menyorok kuasa kegelapan di timbunan tanah, Tokoyami berjaya membuatkan Dark Shadow mencapai kuasa penuh “Total Release”.
Dia memberitahu semula apa yang All Might kata; “All For One tidak boleh mencuri quirk milik Endeavor hanya dengan menyentuh apinya” – jadi itulah sebabnya dia ditugaskan untuk menjadi senjata rahsia. Dengan quirk Dark Shadow didorong oleh quirk Whirlwind, bersama ia bergabung menjadi Black Abyss: Light of Baldur, di mana Tokoyami menumbuk All For One hingga hancur tanah di bawah.
Nampaknya My Hero Academia pun semakin hampir dengan penamatnya. Agaknya, apa yang akan berlaku di bab seterusnya? Jom kita bincangkan di ruang komen.
Untuk membaca segala liputan kami tentang My Hero Academia, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post